Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Status kritik penentang Gomez jadi viral
Diterbitkan:  Jul 27, 2016 11:37 AM
Dikemaskini: 7:16 AM

Tidak sampai 24 jam dinaikkan di Facebook, status mengkritik penentang konsert bintang Hollywood Selena Gomez di Shah Alam dikongsi hampir 2,000 kali.

Luahan Ijan Lana - yang mengaku seorang pelajar kolej penerbangan - itu menarik perhatian meluas selepas dia mengkritik cara penolakan terhadap Selena dengan ada antara mereka mengaitkannya mengundang bala tuhan.

“Ya. Tak kiralah kafir mana pun masuk rumah kita. Bila dia dijemput, dia tetamu kita. Dia patut dihormati,” katanya.

Merujuk langsung kepada bantahan kumpulan Islamis di tempat konsert, Ijan Lana juga kesal penyanyi 24 tahun itu digambarkan sebagai penentang Islam.

Padahal, katanya, Selena antara seniman barat yang terlibat mendoakan keamanan di Gaza serta menitikberatkan kemanusiaan dalam masyarakat.

Dia turut berkongsi gambar Selena yang terlibat dengan kerja-kerja Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef), seperti mendukung bayi di Afrika dan menghiburkan kanak-kanak di negara miskin.

Turut dikongsi gambar Selena bergambar bersopan di sebuah masjid, malah menutup rambutnya.

Menulis panjang, Ijan Lana, menyeru orang rama berdakwah dengan penuh hikmah, tidak mengikut nafsu dan emosi serta mencontohi akhlak Nabi Muhammad dan sahabat baginda.

“Islam itu memberi harapan pada mereka yang jahil. Bukan menghina dan mendoakan keburukan pada yang jahil,” katanya.

Beliau juga membandingkan penganjuran konsert Selena dengan konsert artis Malaysia, kandungan siaran televisyen dan “realiti perfileman Malaysia" yang didakwanya lebih banyak maksiat "secara terang terangan”.

Bagaimanapun, pengguna Facebook memberikan reaksi berbeza-beza pada tulisan itu. Di samping ada yang berkongsi tanda setuju, ramai juga pengguna maya yang mengkritik, malah memaki Ijan Lana kembali.

“Celaka Islam liberal,” itu antara cemuhan diterimanya.

Lihat Komen
ADS