Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pencipta Backstreet Boys, NSync mati dalam penjara
Diterbitkan:  Aug 23, 2016 11:31 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Individu yang bertanggungjawab melahirkan kumpulan boyband seperti Backstreet Boys dan NSync, Lou Pealrman, meninggal dunia dalam penjara.

Memetik akhbar Orlando Sentinel agensi berita AP melaporkan dia yang sebelum ini turut dikenali sebagai penerbit menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, punca kematiannya Pealrman tidak dinyatakan secara terperinci.

Pealrman, 62, sedang menjalani hukuman penjara 25 tahun di Florida selepas disabitkan kesalahan terlibat dalam penipuan dan skim cepat kaya.

Data menunjukkan ia adalah satu daripada skim cepat kaya terbesar pernah dikesan di Florida.

Media melaporkan skim cepat kaya Pealrman dipercayai melibatkan nilai AS$$300 juta (RM1.2 bilion) dan dikendalikan syarikatnya Transcontinental. Ia terbongkar pada 2006 dan disabitkan kesalahan menipu dua tahun kemudian.

Sebelum dipenjara Pearlman juga terlibat dalam banyak kegiatan perniagaan dan francais, termasuk mengasaskan rangkaian kedai NYPD Pizza dan pembangunan semula projek di tengah bandar raya New York.

Selepas skim cepat kaya itu terbongkar Pearlman menerima ratusan saman, termasuk satu daripada Backstreet Boys sendiri.

Ketika perbicaraan Pearlman mengaku salah atas dua tuduhan bersubahat, penggubahan wang haram dan memberi kenyataan palsu kepada pihak berkuasa.

Minggu lalu penyanyi NSync Lance Bass menulis status berbunyi: “#LouPealrman telah meninggal dunia. Dia mungkin bukan seorang ahli perniagaan yang disegani, tetapi saya tidak akan melaksanakan apa yang digemari hari ini kalau tidak kerana pengaruhnya. RIP Lou,” tulisnya.

Lihat Komen
ADS