Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tak jadi nikah, Hafiz minta satu dua hari
Diterbitkan:  Sep 5, 2016 11:48 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

Sehari dua lagi - itu kata pemuda yang sepatutnya diijabkabulkan dengan Fara Fauzana ketika ditanya mengenai komennya kepada pengumuman bekas pengacara berkenaan semalam.

Pemuda terbabit - dikenali sebagai Mohamed Hafiz - membayangkan dia mengetahui pembatalan majlis pernikahan itu melalui wartawan yang menghubunginya semalam.

"Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," katanya dipetik BH Online.

Semalam selebriti yang dikenali sebagai penyampai radio, pengacara dan pelakon itu mengumumkan membatalkan rancangannya bernikah dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Hafiz.

Tidak menyatakan sebab-sebab pembatalan itu Fara, 36, berkata ia terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan orang lain.

Fara juga berharap dia diberi masa dan ruang untuk menenangkan diri.

Melalui sidang media mengumumkan rancangan pernikahan mereka pada 1 Ogos lalu pasangan berkenaan dijadual disatukan pada 17 September ini.

Memetik kenyataan Hafiz, BH Online melaporkan dia juga tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini atas sebab peribadi.

Fara - atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil memiliki ijazah sarjana muda perhubungan awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan memulakan kerjaya sebagai penyampaoi radio pada 2004.

Dia juga pernah dicalonkan untuk kategori pengacara wanita popular (televisyen) Anugerah Bintang Popular BH berkali-kali antara 2005 hingga 2012.

Dalam dunia lakonan dia pernah muncul dalam filem Jin Notti pada 2009, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! (2010) Girlfriend Kontrak (2015) dan BoBoiBoy: The Movie (2016).

Fara juga dikenali dengan panggilan Fafau.

Lihat Komen
ADS