Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Afgan hadiahkan berlian RM191,000 untuk Rossa
Diterbitkan:  Sep 27, 2016 3:27 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Hubungan mesra antara dua penyanyi dari Seberang, Afgan dan Rossa dilihat semakin akrab.

Terbaru Afgan bermurah hati menghadiahkan kalung berlian kepada teman istimewanya itu semasa berduet dalam sebuah acara.

Berdasarkan nilai perhiasan yang mencecah ratusan ribu ringgit itu, sudah pasti ia menimbulkan tanda tanya dan hanya Afgan mengetahui tujuan sebenar memberi hadiah berkenaan.

Dalam kenyataan selepas itu, Afgan mengakui Rossa dianggap sebagai seorang teman yang cukup istimewa bagi dirinya.

“Rossa memang mendengar pandangan kalau tentang penampilan. Dia seorang yang perfectionist (yang mahukah kesempurnaan) tapi dengan saya dia sedia mendengar pandangan,” katanya seperti dilapor portal hiburan terkenal Indonesia, Wowkeren.

Pun begitu, penyanyi Jodoh Pasti Bertemu itu menafikan sekiranya pemberian itu sebagai meraikan peristiwa tertentu.

Afgan dan Rossa dilihat tampil bersama pada acara pelancaran produk berlian Adele Jewellery & Diamond yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini.

Ibu anak satu itu yang dilaporkan kelihatan gembira pula menjelaskan, Afgan sememangnya seorang yang pemurah.

“Afgan begitu baik. Ada saja hadiah diberikan kepada saya sama ada menyambut hari ulang tahun atau ketika mengeluarkan single,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Adelle Jewellery & Diamond, Michael, Afgan memilih rantai emas putih dengan loket berlian dua karat.

“Nilai rantai itu kira-kira Rp600 juta (RM191,000),” katanya.

Lihat Komen
ADS