Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nassier bakal dianugerah tokoh Maal Hijrah dari NGO
Diterbitkan:  Sep 27, 2016 8:14 PM
Dikemaskini: 12:28 PM

Penyanyi popular 80-an Nassier Wahab bakal dianugerah Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan perayaan Awal Muharram (Maal Hijrah) 1438 anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).

Kata Nassier, anugerah yang akan diterima itu dibuat berdasarkan sumbangannya sebagai anak kelahiran Pulau Pinang kepada masyarakat.

Namun, Nassier pada awalnya tidak menyangka akan terpilih untuk menerima anugerah berkenaan.

“Alhamdulillah, pada awalnya saya tidak kisah sangat malah ingat ia hanya satu penganugerahan biasa-biasa.

“Tetapi selepas membaca surat pemilihan itu buat kali kedua ternyata ia diberikan atas sumbangan anak Melayu Pulau Pinang dalam bidang tertentu,” katanya kepada Malaysiakini.

Melalui surat dikirimkan oleh Nassier atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Abd. Wahab menerusi aplikasi WhatsApp, satu upacara penyampaian sijil penghargaan dan pingat dari persatuan berkenaan akan disampaikan kepada tokoh-tokoh terpilih pada 2 Oktober depan.

Majlis dijangka diadakan di Dewan Besar bangunan PEMENANG, Pulau Pinang.

Selain lagu berkonsep pop, Nassier sebelum ini pernah merakamkan lagu-lagu ketuhanan seperti Lukisan Cinta, Permaidani, Selimut Putih, Mari Berwuduk, Rukun Islam serta album Pedoman 1 dan 2.

Selain itu, Nassier juga pernah merakamkan lagu duet bersama kumpulan nasyid Far East Melakar Cinta Di Pintu Syurga pada tahun 2006.

Menurut Nassier, dia menganggap anugerah berkenaan bukan untuk bermegah, sebaliknya sebagai suatu peringatan agar sentiasa mengingati Allah.

“Saya berharap dapat menghiburkan peminat di samping menjadi contoh dan teladan yang baik," katanya.

 

 

 

Lihat Komen
ADS