Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Angelina Jolie upah bekas pegawai Bush urus kes cerai
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 5:44 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Demi mengakhiri kemelut perceraian dialami secepat mungkin dengan bekas suami, bintang Hollywood Angelina Jolie bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian yang dirasakan terbaik.

Untuk mengatasi konflik berkenaan, aktres terbabit dilaporkan mengupah seorang peguam terkemuka bernama Judy Smith.

Menurus sumber yang dirahsiakan namanya, Judy sememangnya terkenal dengan gelaran “pengurus krisis” kerana kebijaksanaannya dalam menguruskan sesuatu kes.

“Secara tipikalnya, dia (Judy) memberi pengaruh yang lebih tenang, tidak agresif.

“Dia dilihat sebagai seorang yang boleh memberi nasihat lebih baik daripada yang sering diterima oleh Angelina.

“Dalam erti kata lain ia dikendalikan dengan baik,” katanya seperti dilapor berita eonline.

Fakta lebih menarik mengenai Judy adalah, wanita berkenaan menginspirasikan karakter Olivia Pope dalam Scandal - sebuah drama bersiri politikal Amerika Syarikat.

Judy pernah berkhidmat sebagai pembantu khas dan timbalan setiausaha akhbar untuk bekas presiden George W Bush pada 1991.

Semasa berkhidmat di Rumah Putih, Judy dikenali kerana reputasinya yang jujur, bekerja keras dan berterus-terang.

Wanita itu memainkan peranan penting dalam membimbing pentadbiran Bush sepanjang kontroversi berhubung penamaan Clarence Thomas ke Mahkamah Agung.

Menurut sumber, syarikat guaman Judy terkenal kerana rekodnya menangani isu yang mendapat publisiti umum, selain berupaya mengatasi masalah dengan segera.

Perceraian Angelina termasuk dalam senarai kes selebriti berprofil tinggi termasuk Michael Vick, Paula Deen, dan Monica Lewinsky yang memerlukan ‘penyelesai’ untuk menenangkan spekulasi media.

Judy turut menyertai peguam selebriti terkenal Laura Wasser sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan pasukan undang-undang diupah Angelina.

Ketika kes terbabit menjadi buah bicara umum, kebimbangan utama yang menyelubungi perceraian pasangan berkenaan adalah mengenai hak penjagaan ke atas keenam-enam anak mereka Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan kembar Knox dan Vivienne.

Ketika ini, Angelina dikatakan memohon hak penjagaan sepenuhnya kerana mempercayai ia adalah keputusan terbaik.

Manakala, Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga di daerah Los Angeles, AS masih meneruskan siasatan terhadap dakwaan Pitt yang terbabit dalam satu insiden di atas pesawat peribadi awal bulan ini.

Pitt masih hingga kini masih belum berpeluang melihat anak-anaknya sejak perceraiannya dengan Angelina dilaporkan secara rasmi berkuat kuasa pada 15 September lalu.

“Dia (Pitt) teringin berjumpa anak-anaknya dan mahu perjanjian itu diuruskan sebaik mungkin.

“Sebolehnya dia mahu isu itu diselesaikan secara peribadi dan baik,” katanya.

Lihat Komen
ADS