Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bajet: RM80 juta untuk industri kreatif, filem
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 7:11 PM
Dikemaskini: 2:40 PM

Tidak banyak yang disebutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam peruntukan Bajet 2017 untuk bidang seni dan kebudayaan hari ini.

Najib semasa pembentangan belanjawan secara ringkas berkata kerajaan memperuntukkan RM80 juta untuk industri kreatif dan penerbitan filem.

"Bagi merancakkan lagi industri kreatif dan penerbitan filem pula, 'Film in Malaysia Incentive, Arts and Culture Revitalisation Agenda' serta 'Hab Content Creation' FINAS di Santubong, Sarawak dan di Kota Kinabalu, Sabah akan dilaksanakan.

"Kerajaan juga akan mewujudkan satu jawatankuasa yang diwakili oleh para pengamal seni untuk merancakkan lagi sektor kesenian dan kebudayaan negara.

"Kesemua inisiatif ini melibatkan peruntukan RM80 juta," katanya semasa membentangkan belanjawan selama lebih dua jam di Dewan Rakyat.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan cukai sebanyak RM500,000 dinaikkan kepada RM700,000 bagi sektor swasta untuk penajaan pertunjukan kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan dan luar negara.

 

 

 

Lihat Komen
ADS