Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bob Dylan disifatkan angkuh
Diterbitkan:  Oct 23, 2016 3:45 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Selepas menerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2016, penyanyi dan pemuzik legenda Bob Dylan dilihat terus berdiam diri.

Berikutan sikap dinginnya itu, ahli akademi Sweden Per Wastberg menyifatkan legenda folk itu sebagai angkuh dan tidak sopan.

"Seseorang boleh menyifatkannya sebagai tidak sopan dan angkuh. Dia adalah seperti dirinya sekarang," katanya seperti dipetik akhbar Dagens Nyheter.

Wastberg berkata pihak akademi gagal menghubungi Dylan sejak dia dinobatkan sebagai penerima anugerah paling berprestij itu.

Jurucakap Dylan, Larry Jenkins juga tidak membalas e-mel untuk mendapatkan komennya.

Bagaimanapun pengumuman mengenai perkara itu ada diumumkan dalam Twitter rasmi dan Facebook Dylan.

Dylan menjadi ahli muzik pertama mendapat pengiktirafan itu dalam tempoh 115 tahun.

Hadiah sastera dan lima lagi Hadiah Nobel secara rasminya disampaikan di Stockholm pada 10 Disember ini, iaitu ulang tahun kematian pengasasnya, Alfred Nobel pada 1896.

Dalam sejarah Hadiah Nobel Kesusasteraan, ada pemenang yang pernah tidak menghadiri majlis penghargaan seperti dramatis dan novelis Austria, Elfriede Jelinek atas alasan tidak gemar bersosial.

Hanya dua tokoh pernah menolak Hadiah Nobel Kesusasteraan iaitu Boris Pasternak disebabkan tekanan Soviet Union pada 1958 dan Jeal Paul Sarte yang menolak sebarang penghormatan rasmi.

Lihat Komen
ADS