Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis nafi Miss Universe ditahan di KLIA
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 12:06 PM
Dikemaskini: 4:54 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan mendakwa kononnya seorang ratu cantik Filipina ditahan pihak berkuasa negara ini kerana menyeludup dadah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri mengesahkan laporan penahanan Pia Alonzo Wurtzbach itu sebagai palsu.

Menerusi Twitter Khalid menulis: "@PDRMsia sahkan berita ini palsu."

Terdahulu ada laporan menyebut Pia Alonzo ditahan polis selepas didapati menyembunyikan kokain dalam dua bungkusan kopi dalam beg dibawanya.

Pia Alonzo, 27, yang mewakili Filipina untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe 2015 juga dikenali sebagai pelakon di negaranya.

Jelitawan berdarah kacukan Jerman itu didakwa ditahan sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang KL dari Manila semalam.

Sementara itu tweet Khalid mencetuskan reaksi yang 'lucu' apabila pengguna laman sosial berkenaan mengaitkan isu Pia dengan skandal 1MDB,

Pemilik akaun @drcolinfu misalnya menulis: "Mengapa @PiaWurtzbach ditahan di negara anda? Tetapi tiada sesiapa dari #1MDB yang ditahan. Adakah @najibrazak #MO1?”

Dalam komen seterusnya, @drcolinfu turut mengingatkan Pia mengenai keselamatannya.

“@PiaWurtzbach Umum bimbang dengan keselamatan anda, ia mengingatkan kita tentang model Mongolia @Altantuya dan PM @NajibRazak..@KBAB51 @PDRMsia,” katanya.

Pia mewakili Filipina dalam pertandingan Miss Universe yang diadakan pada 20 Disember 2015 di Las Vegas Nevada, Amerika Syarikat.

Pada kemuncak majlis itu, pengacara Steve Harvey melakukan kesilapan apabila mengumumkan wakil Colombia Ariadna Gutierrez sebagai pemenang.

Bagaimanapun, Harvey kemudian naik ke pentas semula dan memaklumkan kesilapan dilakukan, dengan berkata Pia sebenarnya adalah pemenang pada malam itu.

Lihat Komen
ADS