Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Pesta Buku Antarabangsa KL kembali ke PWTC
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 11:19 PM
Dikemaskini: Oct 25, 2016 4:09 AM

Setelah sungutan demi sungutan, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) akan kembali ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pengerusi Bersama PBAKL Ishak Hamzah berkata pesta antara 28 April hingga 7 Mei tahun depan, dijangka lebih besar dan melibatkan seluruh dewan utama, termasuk Dewan Tun Razak 2.

"Perpindahan ini selain disebabkan permintaan daripada pempamer supaya PBAKL dikembalikan ke PWTC, ia juga menampung dua kandungan baharu PBAKL.

"Dua kandungan baharu itu ialah Baca World 2017, iaitu pameran kandungan digital dan Asean E-Book Conference (AEC)," beliau yang juga pengerusi Dewan Industri Buku Malaysia (MBIC) dipetik sebagai berkata kepada BH hari ini.

PBAKL tahun lepas, yang dipindahkan ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dikritik susulan lokasinya dikatakan kurang strategik berbanding PWTC.

Ia sekali gus menyebabkan jumlah pengunjung berkurangan, sekali gus menjejaskan jualan pempamer.

Selain syarikat jualan buku, masalah sama turut dilontarkan oleh Sasterawan Negara Dr Anwar Ridhwan.

Terdahulu, Ishak dalam ruangan Bual Sastera, BH, 16 Mei lalu, berkata, pemilihan MAEPS dibuat berikutan pertindihan tarikh PBAKL 2016 dengan acara lain, selain pertimbangan seperti kapasiti, harga, ketersampaian dan ruang perkembangan masa hadapan.

Ishak, yang juga pengerusi Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) berkata, pameran buku berskala besar akan tetap dianjurkan di MAEPS pada tarikh berbeza kerana lokasi itu turut menarik pengunjung sehingga mewujudkan permintaan pembaca.

Ini kerana PBAKL ke-35 di MAEPS mencatat kehadiran hampir 2.2 juta pengunjung, selain mudah dicapai dari selatan, utara dan Pantai Timur tanpa memasuki ibu kota, lapor BH lagi.

Lihat Komen
ADS