Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Hati-hati pedofilia, Che Ta...
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 12:04 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

Setiap pihak perlu melihat secara serius isu pedofilia kerana melalui sekeping gambar dianggap mencolok mata, ia mampu mengundang risiko yang tidak tergambarkan.

Di kalangan artis isu itu tidak terkecuali. Ketika ia masih dibincangkan orang ramai, Rozita Che Wan mendapat nasihat daripada peminatnya.

Semuanya gara-gara selebriti itu memuat naik gambar anaknya dengan pakaian renang di media sosial.

Gambar yang baru dimuat naik kira-kira sejam lalu memaparkan anak Rozita, Aaisyah Dhia Rana, memakai pakaian renang dalam satu sesi penggambaran.

Tanpa kapsyen yang berjela-jela, gambar itu hanya disertai dengan empat hashtag, antaranya #aaisyahdhiarana #comingsoon #realityshow

Atas kesedaran risiko jenayah pedofilia peminat menyarankan Rozita -atau lebih mesra disapa Che Ta - agar segera memadam gambar berkenaan.

“@sahfikahbetter delete (padam) @rozitachewan1 ..skrg mcm2 (sekarang macam-macam) kes. ksian (kesian) ecah. sebagai ibu (bapa) tau rasa nk (nak) berkongsi kebhagian dgn org (kebahagian dengan orang) lain. tp (tapi) berwaspada la ya,” tulis seorang pengguna.

Manakala seorang pengguna yang menggunakan akaun “@raziana_ana pula berkata kes pedofilia semakin banyak, ibu bapa harus berwaspada dengan golongan terbabit.

“Tak rase (rasa) takut ke post gambar anak mcm (macam) nie...sayang anak ke tak sebenar nya nie??

“Golongan nie tak sihat Akal nya...plz (please) @rozitachewan1 tahu la anak awk (awak) comel...tp (tapi) spatut nya (sepatutnya) kesian kan dia...jgn (jangan) dia JD (jadi) mangsa dgn (dengan) golongan² org mcm tue,” katanya.

Seorang lagi pengguna menggunakan akaun @kashaf_izwandi pula berkata: “Malu la uncle tgk mcm ni….”

Namun, semakan Malaysiakini setakat berita ini ditulis mendapati, Rozita masih belum memberi sebarang maklum balas mahupun mengambil tindakan dengan memadam gambar berkenaan.

Lihat Komen
ADS