Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ahmad Dhani: Baik jadi negara Islam dari dipimpin Ahok
Diterbitkan:  Nov 2, 2016 7:26 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

Penyanyi Dewa 19, Ahmad Dhani mengatakan adalah lebih baik Indonesia menjadi sebuah negara Islam daripada dipimpin tokoh seperti Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok.

Pemuzik yang sering mencipta kenyataan kontroversi itu berkata demikian dalam forum anjuran Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majlis Ulama Indonesia (GNPF-MUI).

"Lebih baik Indonesia menjadi negara Islam daripada Ahok menjadi pemimpin Indonesia," katanya seperti dilapor Tempo.

Ahmad Dhani berkata dia adalah seorang yang bertolak ansur, namun mengatakan sikap itu mempunyai batas.

"Kalau ada yang tidak punya batas toleransi, itu Islam bebal," ujarnya sambil berkata dia juga sering mengkritik Ahok menerusi akaun Twitter peribadinya.

Ahok didakwa mempertikaikan ayat al-Quran, sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat Islam dan gerakan Islam di Indonesia.

Dia dilapor mempertikaikan ayat surah al-Maidah yang meminta umat Islam supaya tidak memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin.

Susulan itu pihak berkuasa Indonesia menjangka lebih 100,000 rakyat Indonesia menyertai demonstrasi secara besar-besaran di Jakarta Jumaat ini bagi mendesak Ahok dikenakan tindakan undang-undang.

Ahok yang akan mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Februari 2017 bagaimanapun membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyinggung perasaan umat Islam.

Lihat Komen
ADS