Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Peminat Gun N' Roses belasah 'Donald Trump'
Diterbitkan:  Dec 3, 2016 8:24 PM
Dikemaskini: 4:16 PM

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyatakan kemarahan terhadap sesuatu perkara tidak digemari, misalnya kepada calon presiden yang memenangi pilihan raya.

Seperti selebriti di Amerika Syarikat yang lain, kumpulan Gun N’ Roses tidak terkecuali daripada menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kemenangan diperoleh Donald Trump dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dalam sebuah konsert, Gun N’ Roses menjemput beberapa peminat ke atas pentas untuk melepaskan geram mereka terhadap patung mirip Presiden AS itu.

“Ayuh bawa beberapa orang dan berikan mereka kayu pemukul. Tunjukkan apa yang terbuku di hati kamu,” kata vokalis AXL Rose.

Memetik laporan the Huffington Post konsert berkenaan dilaporkan berlangsung di bandar Mexico minggu lalu.

Upacara itu dimulakan dengan menarik kaki kanan ‘Donald Trump’ dan aksi itu kemudian bertukar menjadi semakin ganas apabila peminat mula merobek bahagian badannya pula.

Umum sedia maklum, Donald Trump memang bersifat biadap khususnya terhadap warga Mexico.

Dalam kempen untuk memenangi pilihan raya, Donald Trump pernah menggelar warga Mexico dengan gelaran seperti perogol dan penjenayah.

Donald Trump dari Parti Republikan mengalahkan pencabarnya Hillary Clinton dari parti Demokrat.

Untuk peminat yang sependapat dengan AXL Rose, sudah pasti ia acara yang ditunggu-tunggu mereka.

Bagaimanapun pada penghujung acara memukul patung Donald Trump itu, ada kejutan yang menanti mereka.

Rupa-rupanya patung berkenaan disumbat dengan beberapa gulung T-shirt dan diberikan kepada peminat bertuah yang duduk di barisan paling depan.

Pada konsert itu juga, AXL Rose membuat beberapa pengubahsuaian terhadap lagu dipersembahkan.

Dia mengubah lirik yang terdapat pada lagu Civil War kepada “Lihat kepada ketakutan yang disalurkan Trump".

 

Lihat Komen
ADS