Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Berkat' majlis khatan taut hubungan Jupe, Depe
Diterbitkan:  Dec 6, 2016 10:56 PM
Dikemaskini: 4:05 PM

Mereka pernah berseteru, bermasam muka dan seolah-olah tidak akan berbaik-baik semula.

Namun hubungan Julia Perez dan Dewi Perssik akhirnya menjadi jernih. Kedua-duanya kembali bersahabat dan mesra.

Kedua-dua selebriti itu dilaporkan seperti mendapat 'berkat' daripada majlis berkhatan.

Kemesraan itu dinyatakan kepada umum melalui akaun Instagram Julia Perez semalam.

Kedua-dua mereka dilaporkan menghadiri majlis berkhatan pelawak, pengacara dan kini ahli politik dari Parti Amanat Nasional, Eko Patrio, pada 3 Disember lalu.

Acara itu berlangsung di Jakarta Selatan. Portal suara.com melaporkan antara selebriti yang hadir ialah Ayu Ting Ting dan Jessica Iskandar.

"Saya gembira benar. Ini berita baik bahawa nampaknya kami berdua juga damai, Om Eko (Eko Patrio) juga acara khatan anaknya membawa berkah buat kita berdua," ujar Julia (gambar) seperti dilapor portal tribunnews.com.

Penyanyi dan pelakon yang lebih mesra dikenali dengan nama Jupe itu memberitahu, dia dan Dewi sepakat untuk berkasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain.

Mereka juga, katanya, bersetuju mengetepikan rasa sombong agak kedua-duanya kembali menjadi sahabat seperti sebelum ini.

Untuk mengukuhkan kenyataan itu Julia dan Dewi sama-sama hadir di acara Anugerah Dangdut Indonesia 2016 pada malam semalam.

Julia dan Depe - nama panggilan untuk Dewi - mempunyai sejarah perseteruan panjang.

Kira-kira lima tahun lalu kedua-dua mereka berkelahi semasa penggambaran filem Arwah Goyang Karawang dan kes itu berlanjutan hingga ke polis.

Kedua-dua mereka kemudian dihukum penjara.

Dewi juga dilaporkan pernah mempersenda lagu Julia, Belah Duren, ketika ia dinyanyikan seorang peserta pertandingan dangdut di televisyen.

Dewi bertindak sebagai juri dan melarang peserta terbabit membawakan lagu Julis itu kerana dianggapnya tidak cukup bagus.

Lihat Komen
ADS