Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Rakan artis bekas kru kabin kesal sikap Fathia
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 6:37 PM
Dikemaskini: 11:06 AM

Tindakan aktres Nur Fathia Latiff memuat naik gambar seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya menimbulkan banyak reaksi termasuk daripada rakan artis yang pernah menjadi kru penerbangan.

Antaranya personaliti TV3 Maria Tunku Sabri, 46 yang menganggap tindakan Fathia menyalahkan pramugari berkenaan sebagai tidak wajar.

Maria yang pernah menjadi Ketua Pramugari MAS berkata tugasan untuk membantu penumpang mengangkat beg ketika dalam pesawat hanya dilakukan untuk mereka yang kurang upaya.

"Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan," katanya seperti dilapor portal Mstar.

Fathia baru-baru ini memuat naik gambar seorang pramugari yang dikatakan enggan mengangkat begnya ke dalam kompartmen dengan alasan mengalami sakit belakang.

Tindakan itu menerima kecaman netizen dan turut dibidas Kesatuan Kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia (Nufam)

Fathia yang telah memadamkan foto pramugari itu bagaimanapun menulis di Twitter bahawa dia tidak mengarahkan pramugari terbabit, sebaliknya hanya meminta bantuannya.

Dia juga mengatakan pramugari itu meninggikan suara dan menarik muka apabila meminta pertolongannya.

Sementara itu, penyanyi yang masih bekerja sebagai pramugara, Zarul Husin, 43, berkata, penumpang sering kelirru dengan tugas yang dilakukan kru kabin.

Katanya, mereka seharusnya meletakkan beg berat ke dalam tempat kargo agar mudah untuk membawa diri dalam penerbangan.

"Jika beg itu berat mereka sepatutnya check in sahaja dan hanya bawa beg yang ringan supaya mudah untuk mereka membawa diri.

"Saya sendiri jika diminta angkat beg berat itu akan menolak secara baik dan minta tolong untuk mereka angkat sendiri beg berkenaan," ujarnya.

Selain itu, Zarul berkata, kebanyakan VVIP yang pernah mendapatkan khidmatnya dalam penerbangan sedar tentang perkara itu dan menggunakan cara lebih sopan ketika meminta bantuan.

Bagi pelakon dan pengacara Karl Shafek, 36, golongan selebriti seharusnya sedar bahawa tidak semua anak kapal mengenali mereka sebagai artis.

"Mereka kerja siang malam dan kadang-kadang tidak kenal pun artis-artis Malaysia yang ramai, jadi tidak perlu mengharapkan keistimewaan ketika berada di tempat awam.

"Saya kesal kerana dia muat naik gambar pramugari itu, perkara itu sendiri boleh memalukan pramugari berkenaan," ujarnya.

Lihat Komen
ADS