Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak David Beckham terbit single pertama
Diterbitkan:  Dec 9, 2016 3:11 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Anak lelaki pasangan David dan Victoria Beckham, Cruz, mungkin lebih cenderung mengikuti jejak langkah ibunya berbanding bekas ketua pasukan England itu.

Menjelang sambutan Krismas hujung bulan ini, Cruz menerbitkan single pertamanya, 'If Every Day Was Christmas'.

Namun ia dilihat bukan bertujuan komersial sebaliknya untuk beramal. Hasil penjualan single itu dilaporkan akan didermakan kepada program belia di England, Make Some Noise.

Baru berusia 11 tahun, Cruz memulakan kariernya dalam bidang muzik dengan menandatangani kontrak bersama pengurus Scooter Braun iaitu pengurus yang turut bertanggungjawab terhadap Justin Bieber.

Cruz mula memperkenalkan lagunya melalui laman Instagram awal minggu ini sebelum disiarkan di radio England pada Rabu lalu.

Ketika Capital FM mengumumkan single tersebut, Cruz berkata, lagu itu mengenai dua perkara yang paling disukainya - menyanyi dan Krismas.

"Dan luar biasa rasanya dapat menyatukan kedua-dua perkara itu dan wang hasil jualan single ini akan didermakan untuk program amal," katanya seperti dilaporkan Sky News.

Sementara Beckham mengungkapkan rasa bangganya dengan kejayaan anaknya itu.

"Dia bersantai dan menikmatinya," ujar Beckham.

Bagaimanapun, penampilan Cruz turut terpalit kontroversi.

Personaliti radio dan televisyen Piers Morgan mengkritik keluarga Beckham kerana membiarkan anak mereka terdedah kepada umum.

"Padahal pada waktu bersama, mereka mengatakan hal-hal peribadi," katanya ketika mengendalikan program Good Morning Britain

Tambah Morgan, Cruz sepatutnya bersekolah dan menumpukan perhatian kepada pembelajaran, bukan menerbitkan album.

"Dia anak 11 tahun yang sedang dijaja orang tuanya yang terkenal dengan pelbagai kerenah. Banggalah Scooter," kata Morgan.

Namun Braun tampil membela artis naungannya.

"Dia kanak-kanak yang mahu membuat lagu dan membantu anak-anak lain.

"Sekali lagi Piers (Morgan), mengapa kau kata dia tidak berguna?"soal pengurus itu.

Lihat Komen
ADS