Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Harith bangga letak jenaka Malaysia di peta dunia
Diterbitkan:  Dec 10, 2016 9:26 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Selebriti Harith Iskander ada sebab kukuh untuk berasa bangga apabila dinobatkan sebagai 'individu paling kelakar di dunia'.

Bagi Haris, impiannya sejak 26 tahun lalu akhirnya tercapai.

Dahulu, dia berangan-angan untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa, agama dan budaya melalui jenaka.

Hari ini, kata pelakon dan pengacara popular itu, jenakanya terbukti berjaya menyatukan dunia.

"Saya boleh menyatukan dunia dengan jenama humor Malaysia," katanya.

Ia adalah kenyataan terbaru dibuat Harith selepas secara rasmi diumum pemenang pertandingan Funniest Person in the World oleh penganjur, Laugh Factory.

Untuk menjadi juara, kata Harith ia bukanlah perjalanan yang mudah.

Di separuh akhir dia berdepan pencabar yang tidak kurang hebat seperti pelawak Brazil, Murilo Couto, yang mempunyai dua juta peminat, Michael Mittermeier (Jerman) dan Jimeon.

"Saya gembira mampu mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa.

"Kini adalah masa untuk meletakkan jenaka Malaysia di peta dunia," katanya.

Harith hari ini meraih undi paling tinggi sekaligus melayakkannya diiktiraf sebagai manusia paling kelakar di dunia.

Untuk berjaya Harith bukan saja mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia, malah undian datang daripada peminat di Asia Tenggara, Britain, Denmark dan Australia.

Lihat Komen
ADS