Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Elly enggan cerita keburukan bekas suami pada anak

Walaupun rumah tangganya pernah diuji sehingga berakhir dengan penceraian, penyanyi Elly Mazlein tetap tabah menjalani kehidupan dan tidak mahu lagi menoleh masa lalu.

Sebaliknya, Elly berazam mendidik anaknya sebaik mungkin selepas berpisah dengan bekas suami, Azmi Hatta yang juga seorang pengarah.

Namun, Elly yang lebih manja dengan gelaran Kak Lina Pom Pom, tidak mahu menceritakan keburukan suami kepada anaknya sekiranya diajukan soalan itu kelak.

“Kita yang mencorakkan kehidupan anak sewaktu dia membesar. Macam mana jahat pun Azmi buat, Kak Lina takkan ceritakan kepada anak perkara pernah dilakukannya.

“Saya tidak mahu merosakkan akal dan fikirannya dengan perkara bukan-bukan,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan salon Aveda di Pavilion.

Elly, 36, yang juga pelakon itu kini mengambil alih tugas sebagai bapa sepenuhnya buat anaknya, Putri Sara Sephia yang kini berusia 10 bulan.

Ketiadaan Azmi di sisi Sephia sedikit pun tidak meresahkan Elly sekiranya anak perempuannya itu bertanyakan hal mengenai bapanya satu hari nanti.

“Sephia akan pandai menilai sendiri sekiranya tidak melihat kelibat bapanya, saya tidak perlu memberitahunya apa yang terjadi.

"Melainkan jika dia pernah tinggal bersama Azmi dan tiba-tiba bapanya itu hilang, kemungkinan besar dia akan bertanya hal itu. Tapi saya pasti yang akan banyak ditanya adalah mengenai atuknya,” kata Elly.

Pernah berkahwin pada 9 November 2014, pasangan itu kemudian bercerai secara rasmi pada 15 Oktober 2015 ketika bayi dalam kandungan Elly berusia empat bulan.

Penghujung tahun lalu, Malaysiakini pernah menyiarkan laporan mengenai Azmi yang melawat anaknya buat kali pertama selepas ‘hilang’ untuk tempoh yang lama.

Bagaimanapun, menurut penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu, ia seolah-olah terhenti di situ apabila Azmi tidak lagi mengunjungi Sephia.

“Mahkamah sudah tetapkan Azmi boleh datang melawat anaknya tetapi sejak itu dia tidak berhubungan (dengan anaknya).

“Saya bukan jenis orang yang gemar mengambil tindakan, lagipun umurnya sudah 42 tahun. Pandailah fikir kecuali kalau budak tadika Kak Lina akan ingatkan setiap hari,” katanya sinis.

Nasihat untuk Faye

Kisah perceraian Elly hangat diperkatakan apabila pelakon Faye Kusairi didakwa bertanggungjawab menjadi pencetus pergolakan rumah tangganya. Sejak itu, beberapa siri perang dingin tercetus antara Elly dengan Faye di media sosial.

Faye yang menyangkal dakwaan menjadi orang ketiga dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi Azmi tahun ini.

Meskipun pahit menelan kenyataan itu, bekas peserta Gegar Vaganza Musim 3 itu dilihat bersungguh-sungguh untuk menoktahkan kontroversi yang pernah mengaitkan namanya.

“Kita manusia tidak sempurna, sakit hati akan ada apabila dibuat orang. Cuma, jangan kacau Kak Lina kerana kalau dikacau Kak Lina akan balas balik.

Dalam pada itu, Elly turut menasihati Faye supaya tidak menyindirnya di laman sosial.

“Faye, kamu dah ada kehidupan dengan Azmi, teruskan. Tidak perlu memerli hingga peminat mengulang perkara itu menerusi Twitter dan Instagram lalu menyampaikannya kepada saya,” katanya.

Lihat Komen
ADS