Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Andy Lau patah tulang belakang dipijak kuda
Diterbitkan:  Jan 18, 2017 6:11 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Pelakon Hong Kong dan penyanyi Andy Lau dikatakan patah tulang belakang selepas terjatuh dari kuda ketika menjalani penggambaran komersial di pinggir bandar Thailand semalam.

Memetik laporan China Daily, Lau yang juga penerbit filem itu ditimpa kemalangan selepas hilang kawalan ke atas kuda yang ditunggangnya.

Keadaan cemas bertukar menjadi lebih buruk apabila kuda dinaiki Lau memijak bahagian belakang badannya hingga menyebabkan tulangnya patah.

Penggambaran dihentikan serta-merta dan Lau, 56, dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Menurut jurucakap Lau, ekoran kejadian itu, Lau terpaksa dihantar pulang menaiki pesawat khusus ke Hong Kong untuk menerima rawatan susulan hari ini.

“Kami akan memaklumkan kepada semua mengenai perkembangan berhubung kejadian ini,” katanya.

Memetik sumber, Lau sedang bekerja di Khao Lak, bandar yang kedudukannya berada tiga jam dari Bangkok.

Kepopularitian Lau di persada seni tidak asing lagi sejak 1990an hingga dia digelar sebagai “Empat Raja” kerana mendominasi industri Cina di era itu.

Empat Raja adalah istilah yang diilhamkan oleh Oriental Daily News pada 1992 bagi merujuk bintang Hong Kong ternama ketika itu seperti Jacky Cheung, Andy Lau, Aaron Kwok and Leon Lai.

Lau mengahwini wanita yang berasal dari Ipoh, Perak pada 2008 di Las Vegas dan dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama Hanna.

Lihat Komen
ADS