Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jika tidak menyanyi, Shakira jadi doktor seksi
Diterbitkan:  Jan 18, 2017 6:55 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Sekiranya tidak menjadi seorang artis, penyanyi Shakira yang memiliki bentuk badan menggiurkan mungkin kini telah menjadi seorang doktor.

Melihat aksinya di atas pentas, tidak mustahil 'Dr Shakira' akan tampil berpakaian seksi dan menggoda ketika merawat pesakitnya.

“Saya boleh menjadi doktor yang hebat. Tapi, pada masa sama saya adalah seorang doktor yang seksi,” katanya ketika diwawancara di Forum Ekonomi Dunia di Davos Switzerland.

Penyanyi dari Columbia itu mendedahkan, dia memasang angan-angan menjadi seorang doktor kerana tidak dapat membendung perasaannya untuk mendalami ilmu perubatan.

Menurutnya, sekiranya dia benar-benar berhasil menjadi seorang doktor, bidang yang dikatakan paling sesuai dan boleh menjadi kepakarannya adalah neurosains iaitu ilmu kajian otak.

Biar apa pun bidang diceburi Shakira, penyanyi Whenever Wherever itu tidak sesekali memaksa kedua-dua anaknya memilih kerjaya mereka.

Bagaimanapun, Shakira berharap seorang daripadanya dapat mencipta nama dalam bidang sukan.

“Saya mahu seorang daripada mereka menjadi pemain bola sepak,” katanya yang pernah tiga kali menonton bola sepak Piala Dunia.

'Nyanyi seperti kambing'

Berkongsi pengalamannya di awal pembabitannya dalam bidang muzik, Shakira berkata tidak ramai yang benar-benar menggemari kualiti suara yang dimilikinya.

Guru muzik Shakira misalnya antara mereka yang kurang menyenangi vokalnya pada ketika ketika itu.

Keengganan guru muzik itu mengiktiraf vokal Shakira membuatnya sering disisihkan daripada menyertai koir sekolah.

Malah sebahagian rakan kelas Shakira turut menggelarnya dengan panggilan bukan-bukan seperti: “Shakira kamu menyanyi seperti kambing.”

Semangat Shakira tidak mudah luntur dengan ujian dihadapi.

Berdiri di sebalik kejayaan Shakira yang juga merupakan duta Unicef itu adalah bapanya yang sentiasa memberikan dorongan.

Bantu kanak-kanak susah

Shakira pada 16 Januari lalu menerima penghargaan kemanusiaan dari Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Dia diiktiraf sumbangannya terhadap pendidikan kanak-kanak dengan menubuhkan yayasan Fundacion Piez Descalzos atau Yayasan Barefoot ketika berusia 18 tahun.

Misi Shakira adalah untuk menjadikan pendidikan mudah akses oleh semua kanak-kanak.

Idea Shakira itu diilhamkan selepas melihat kesusahan dihadapi oleh sekumpulan kanak-kanak yatim piatu yang hidup melarat semasa bersiar-siar di taman bersama ibu bapanya.

Shakira berkata, usahanya itu tidak dapat dicapai tanpa bantuan pasukannya.

“Saya mahu membina sekolah seni. Ia adalah cabaran besar dan datang dengan begitu banyak halangan. Kami bekerja di kawasan yang begitu terpencil dan kekurangan infrastruktur,” katanya.

 

Lihat Komen
ADS