Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelakon Dangal 'sergah' menteri: Hijab itu jelita
Diterbitkan:  Jan 23, 2017 1:52 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Usianya baru 16 tahun, namun Zaira Wasim tidak teragak-agak menyanggah kenyataan seorang menteri India yang dianggapnya melampau.

"Dengan segala hormat, tuan. Saya berasa tidak bersetuju dengan anda. Saya pohon anda tidak mengaitkan saya dengan gambaran biadab itu.

"Wanita yang berhijab adalah cantik dan merdeka," katanya melalui Twitter.

Terdahulu Menteri Hal Ehwal Belia dan Sukan India, Vijay Goel, merakam gambarnya bersebelahan lukisan wanita memakai burka.

Goel kemudian menulis di Twitter: "Lukisan ini menceritakan kisah sama macam Zaira Wasim."

Ia mendapat reaksi segera daripada pelako filem Dangal itu.

"Cerita yang digambarkan pada lukisan itu sedikit pun tak ada persamaan dengan saya," katanya.

Zaira - remaja kelahiran Jammu Kashmir - membawa watak utama dalam filem lakonan Aamir Khan, Dangal, yang sedang mendapat sambutan di seluruh dunia ketika ini.

Zaira diberi peranan sebagai Geeta Phogat sewaktu zaman kanak-kanak.

Sebelum ini Zaira juga mencetuskan berita apabila mengadakan pertemuan Ketua Menteri Jammu Kashmir, Mehbooba Mufti.

Jammu Kashmir dianggap wilayah sensitif kepada India kerana kedudukannya yang menjadi rebutan dengan Pakistan.

Lihat Komen
ADS