Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelajar UKM anjur konsert amal, bantu dua pesakit

Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan konsert amal di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM, Bangi, pada 25 Mac ini untuk mengumpul dana bagi membantu dua pesakit kanak-kanak.

Konsert amal yang dikenali 'Malam Irama Penyayang' (MIP) itu bertujuan mengumpul RM50,000 untuk kos rawatan kanak-kanak berusia tiga tahun, Jency Kalaiselvam dan Mogan Sivalingam, 6.

Ketua Pengarah MIP, Mohan Batumalai berkata Mogan yang menghidap penyakit jantung berlubang dan kecacatan kongenital injap pulmonari (Pulmonary Atresia) memerlukan RM55,000 manakala Jency yang mempunyai saluran darah di luar jantung pula memerlukan RM15,000 untuk pembedahan.

"Kedua-dua pesakit kanak-kanak itu kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Yayasan IJN bersetuju untuk memberikan RM20,000 kepada Mogan dan kami akan mendapatkan kos selebihnya iaitu RM35,000.

"Ini merupakan khidmat masyarakat kami saban tahun. Kami semua mengorbankan cuti semester untuk membantu dua pesakit kanak-kanak ini," katanya di Kuala LUmpur, hari ini.

MIP merupakan program tahunan kebajikan yang dianjurkan mahasiswa UKM sejak 2009 dan menyumbangkan RM265,000 kepada 11 pesakit kanak-kanak setakat ini.

Pada tahun lepas, MIP menyumbangkan RM50,000 kepada M. Kishaanth, 2, yang menghadapi masalah injap jantung.

Orang ramai yang ingin menyumbang bantuan boleh menghubungi Mohan melalui talian 016-3502460 atau S. Shivanitha (010-3731355) atau melayari laman Facebook (Malam Irama Penyayang, UKM).

-Bernama

Lihat Komen
ADS