Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim mengakui keadaan ekonomi negara yang kurang stabil ketika ini sedikit sebanyak menjejaskan industri perfileman.

Namun, Yusry yang merupakan ketua pegawai kreatif KRU Studios memberitahu, ia tidak menghalang beliau daripada terus berkarya dan melakukan kerja-kerja penyumberan luar bagi memastikan KRU Studios terus 'hidup'.

"Saya rasa untuk tahun lepas, tak ada industri yang tidak terjejas. Semuanya terjejas. Kami tidak menerbitkan sebarang filem tahun lepas tetapi tahun ini kita akan mula balik.

"Selain kita terbit kandungan sendiri (IP), tahun lepas kita buat rancangan TV yang bukan IP kami. Pada masa sama, kita buat iklan. Kita buat kerja lain sementara.

"Tahun lepas, berderet-deret iklan Proton kami buat. Kerja penyumberan luar.

“Kita ada kakitangan lebih 200 orang, kalau benda itu tak jalan, kalau kita tak menerbitkan filem, gaji mereka nak datang dari mana," kata Yusry kepada Malaysiakini.

Kerja tahun ini, hasil tahun depan

Selain itu, suami kepada Lisa Surihani itu turut memberitahu, dengan ekonomi yang tidak menentu, beliau perlu berfikir ke depan bagi memastikan semua kakitangan serta syarikat produksi perfilemannya dapat bertahan.

"Dalam industri hiburan kita selalu kena fikir ke depan, apa yang akan berlaku akan datang selain apa yang berlaku sekarang.

“Apa yang kita lakukan tahun ini, walaupun kita tahu ekonomi tahun ini masih belum kukuh, tapi industri perfileman ini, industri hiburan kena fikir ke depan.

"Untuk (berhadapan dengan ekonomi) tahun depan, kita dah mula tahun ini. Tahun ini kita dah mulakan kerja kita untuk dipasarkan pada masa hadapan," katanya.

Menceritakan projek terbarunya, Yusry, 44, memberitahu beliau kini sedang sibuk membuat dua filem animasi.

Lihat Komen
ADS