Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Rani Mukerji muncul semula selepas 2 tahun
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 3:27 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Selepas lebih dua tahun tidak beraksi, aktres Bollywood Rani Mukerji dijangka membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem terbaru Hicki.

Pelakon itu berkongsi kegembiraannya buat peminat menerusi rakaman klip video yang dimuat naik ke akaun Facebook didaftarkan atas nama Yash Raj Film.

Walaupun diketahui umum seorang artis yang gemar menjauhkan diri dari media sosial, Rani tetap menggunakan platform berkenaan bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang diadakan hari ini.

“Ya, filem terbaru saya adalah Hicki. Saya berharap dapat memberikan hasil memuaskan dan membuat anda semua gembira. Doakan saya yang terbaik,” katanya seperti dilapor Indian Express.

Menurut pelakon Hum Tum itu, kehidupannya sebagai pelakon berubah secara drastik selepas melahirkan anaknya, Adira, yang kini berusia setahun.

“Saya sudah bekerja lebih 22 tahun dalam industri dan berasakan kelainannya. Sekarang selepas melahirkan anak perempuan, saya memulakan episod baru dalam kehidupan dan karier juga,” katanya.

Kali terakhir Rani dilihat memegang watak utama sebagai inspektor polis dalam filem jenayah thriller Mardaani yang disiarkan pada 22 Ogos 2014.

Rani dijangka kembali ke skrin besar menerusi filem dilaporkan akan diarahkan oleh Siddharth P Malhotra dan akan diterbitkan oleh Yash Raj Film.

Teruja dan gementar

Rani berkata peluang berlakon itu diambil disebabkan filem berkenaan mengetengahkan unsur positif.

Walaupun teruja, Rani memberitahu perasaan gementar turut hadir sama. Bagaimanapun ia dapat diatasi kerana Rani berasa bertuah menerima tawaran untuk melakonkan karakter wanita hebat dalam filemnya.

“Saya berasa amat bertuah bernasib baik apabila dapat melakonkan pelbagai watak selama ini. Ia memang mengujakan untuk membawa peranan sebagai orang lain.

“Sebagai Rani, saya menjadi diri saya tetapi ia adalah sesuatu pencetus semangat untuk menjadi orang lain kerana saya melakonkan banyak karakter wanita hebat di layar perak.

“Lakonan itu pada masa sama turut memberi inspirasi kepada saya dan orang lain,” katanya.

Dalam pada sesi interaksi bersama peminat dijalankan itu, Rani turut diajukan soalan mengenai sikapnya yang tidak gemar muncul di media sosial.

Rani berkata, alasannya berbuat demikian adalah bagi menghormati keputusan suami yang enggan media digital menjejaskan kehidupan peribadi.

“Suami saya adalah seorang yang tidak gemar berkongsi kisah peribadi dan saya menghormati privasinya.

“Saya tidak kisah untuk memberitahu perkembangan terbaru dalam hidup saya dan bagaimana Adira membesar. Tetapi dia tidak membenarkannya,” katanya.

Lihat Komen
ADS