Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Beauty and the Beast' tanpa suntingan mulai 30 Mac ini
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 7:17 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Filem 'Beauty and the Beast' terbitan Disney bakal menemui peminat tempatan pada 30 Mac ini.

Mengesahkan perkara itu, rangkaian pawagam TGV Cinemas berkata ia telah menerima kelulusan daripada pengedar filem itu, The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd.

"Ya, kami akan tayang 'Beauty and the Beast' di pawagam kami ini pada 30 Mac jualan. Tempahan akan dibuka mulai 23 Mac," kata Ketua Perkhidmatan Pemasaran TGV, Celeste Koay kepada Malaysiakini.

Sementara itu, pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) di laman Facebook juga menyebut bahawa filem itu akan ditayangkan tanpa suntingan.

"Ini rasmi daripada Disney. Tiada suntingan. PG13. 30 Mac ini. Bersiap sedia!" kata GSC.

Filem ini mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya Bill Condon dilaporkan oleh majalah UK sebagai berkata watak Le Fou akan mempunyai “nice exclusively gay moment” dalam filem berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS