Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Soo Wincci lancar buku pertama guna duit sendiri

Menggunakan duit sendiri sepenuhnya, penyanyi Dr Soo Wincci akhirnya melancarkan buku pertamanya Inwincibble X: The Journey Inwincibble Personal & Strategies.

Soo berkata beliau mengambil langkah itu kerana mahu lebih berwaspada dalam setiap tindak-tanduknya.

“Saya belajar daripada pengalaman terdahulu apabila penaja menarik diri, mereka yang ditugaskan menguruskan konsert turut memulaukan saya ekoran isu terbabit.

“Saya terpaksa menghadapi perkara itu sendirian, tetapi bersyukur dapat melunaskan bayaran kepada pekerja menerusi usaha saya membuat persembahan di luar negara,” katanya.

Soo yang juga pelakon itu ditemui pada sidang media pelancaran bukunya di Open University Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Kreativiti tanpa batas

Malah kata bekas pemenang Miss World Malaysia 2008 itu, apabila tidak mempunyai penaja, tiadalah halangan buatnya dalam berkarya selain mampu menjanjikan hasil nukilan yang tulus ikhlas kepada pembaca.

“Bagi saya, jika ada penaja, kreativiti mungkin akan terbatas dan sudah tentu saya tidak mahu perkara itu terjadi,” katanya.

Buku Inwincibble X: The Journey Inwincibble Personal & Strategies menelan kos mencecah lima angka dan dikeluarkan sebanyak 3,000 naskhah untuk cetakan pertama.

Dua tahun lalu, Konsert Simply Inwincible mendapat halangan apabila penaja menarik diri di saat akhir dan menyebabkan penganjur berdepan masalah kewangan.

Menurut Soo, The Inwincibble Personal & Strategies bertujuan menggalakkan masyarakat keluar dari zon selesa untuk berjaya.

Buku berkenaan menceritakan perjalanan Soo yang bermula dari bawah hingga berada di tahap sekarang.

Soo memperoleh ijazah kedoktoran dalam jurusan pengurusan perniagaan dari Open University Malaysia selepas enam tahun bertungkus-lumus dan menempuh pelbagai dugaan.

Lihat Komen
ADS