Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tiket Power Rangers kembali dijual
Diterbitkan:  Mar 22, 2017 3:46 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Jualan tiket Power Rangers diteruskan, walaupun terdapat kebimbangan ia diharamkan semalam susulan pemaparan watak utama lesbian.

“Filem Power Rangers kembali online! Dapatkan tiket sekarang!” menurut status di Facebook rangkaian panggung wayang GSCinemas hari ini.

Selepas Beauty and the Beast melepasi tapisan, kontroversi melanda Power Rangers pula setelah dikatakan menjadi filem adiwira pertama memaparkan watak lesbian sebagai protagonisnya.

Malaysia Outlook semalam melaporkan satu lagi rangkaian panggung wayang utama TGV Pictures telah menggantung jualan filem adaptasi siri TV popular kanak-kanak sekitar 90-an itu.

Pengarah Power Rangers Dean Israelite dilaporkan berkata salah satu watak utama, Ranger Kuning, akan mempersoalkan seksualitinya dalam filem itu.

Lihat Komen
ADS