Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Wanita memang sinonim dengan pakaian atau barangan perhiasan cantik, apatah lagi dalam kalangan mereka yang terjun dalam dunia penuh glamour.

Tetapi berbeza bagi penyanyi popular sekitar 90-an, Siti Nurdiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana.

Bagi Nana, daripada membazir duit untuk membeli barangan mengikut kehendak, adalah lebih baik wang berkenaan digunakan untuk tujuan berfaedah seperti merakam single terbaru.

Ini kerana menurut Nana, dia kini perlu memperuntukkan bajet besar untuk penghasilan single dari segi kaedah promosi dan pelancaran diadakan.

“Kini semuanya atas inisiatif sendiri dari segi promosi dan pelancaran, justeru usaha pun perlu lebih.

“Bagi Nana, daripada membeli 'handbag' lebih baik buat lagu sendiri,” katanya dengan nada berseloroh.

Pemilik nama penuh Siti Nordiana Alias, 32, itu ditemui pada sidang media pelancaran muzik video Terus Mencintaiku di Pavilion, Kuala Lumpur semalam. Single berkenaan terlebih dahulu dilancarkan pada 8 Mac lalu.

Terus Mencintai juga merupakan fasa terbaru Siti Nordiana selepas 18 tahun berkecimpung dalam industri apabila buat pertama kalinya dia berjinak-jinak dengan penciptaan melodi dan penulisan lirik lagu.

Kali terakhir Siti Nordiana menghasilkan single adalah pada 2005 iaitu Serikan Wajahmu dan Seribu Janji.

Menurut juara Gegar Vaganza musim kedua itu, Terus Mencintai sedikit sebanyak menceritakan pengalaman cintanya yang terdahulu.

Bagaimanapun, anak kelahiran Negeri Sembilan itu enggan memperincikan maksud sebenar malah menafikan sekiranya tidak dapat melupakan pengalaman silamnya.

“Ya, ia ada kaitan dengan kisah cinta pernah dilalui, tetapi saya hanya mahu memberi inspirasi kepada peminat.

“Jika buat lagu dekat dengan kita, maksud dan mesej lebih mudah untuk disampaikan dan peminat juga boleh berkongsi kesedihan itu jika senasib,” katanya.

Lihat Komen
ADS