Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Mengidam merupakan pengalaman biasa dilalui kebanyakan wanita hamil atau bakal ibu, selain mengalami masalah seperti rasa mual dan loya.

Namun berbeza bagi situasi 'pembawaan budak' yang dialami pelakon, Amyra Rosli.

Tidak seperti kebanyakan wanita hamil lain, Amyra tidak mengidam untuk menikmati makanan yang pelik-pelik.

Sebaliknya, Amyra yang kini sedang mengandung sembilan minggu berkata, dia 'mengidam' menaiki motosikal baru yang dihadiahkan kepada suaminya, Amar Baharin sebagai hantaran perkahwinan mereka tidak lama dulu.

Bagaimanapun, pelakon itu hanya mampu memendam keinginan itu kerana masih belum mendapat keizinan suami untuk berbuat demikian.

“Memang Myra teringin sangat naik motosikal tu, cuma Amar ada beritahu mungkin motosikal tu perlu ditukar penyerap hentakan terlebih dulu,” katanya yang dikenali dengan sikap aktif dan gemar beraktiviti lasak.

Pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Datuk Sri Rosli, 25, itu ditemui pada majlis pelancaran koleksi fesyen jenama Umma dan kosmetik Nita di Kuala Lumpur semalam.

Amyra dan Amar yang juga pelakon, diijabkabulkan pada 11 November tahun lalu di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Sehinggalah kira-kira dua minggu lalu, Amyra dikejarkan ke hospital apabila mengadu sakit perut dan tidak menduga dia hamil tujuh minggu selepas dimaklumkan doktor.

Menerima berita sudah berbadan dua pada awal usia perkahwinan dan karier sedang memuncak, pelakon drama Isteri Tuan Ihsan itu bagaimanapun tetap bersyukur.

Bagi Amyra, anak adalah rezeki yang tidak boleh ditolak, apatah lagi bayi yang dikandung bakal menjadi cucu pertama dalam keluarga mentuanya.

“Di usia 25 tahun ini Myra anggap sesuai untuk hamil. Lagipun, Allah SWT beri rezeki, Myra tiada masalah untuk menerimanya.

“Kalau fikir terlalu awal untuk hamil, Myra tidak akan berkahwin dengan Amar. Apaila berkahwin, ini adalah langkah seterusnya,” katanya.

Demi memastikan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaaan sihat, Amyra akui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon diberikan kepadanya.

“Untuk tawaran yang dah dipersetujui sebelum ini, Myra bukan tidak mahu buat, cuma tidak mahu tangguhkan sesuatu kerja dan buat produksi tertunggu-tunggu,” katanya.

Lihat Komen
ADS