Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak seniwati ditahan seludup syabu di Indonesia
Diterbitkan:  Apr 20, 2017 8:48 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

Pegawai Kastam dan Eksais Indonesia menangkap seorang pelakon lelaki Malaysia selepas didapati menyimpan syabu di bahagian duburnya.

Pelakon itu yang sebelum ini juga pernah disabitkan kesalahan dalah ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Sumatera Utara.

Selain bergelar artis, ibu lelaki terbabit juga seorang pelakon terkenal pada era 1980-an.

“Dia anak kepada pelakon wanita ternama di Malaysia,” kata Ketua Penyelia Jabatan Kastam dan Eksais Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah.

Menurut Zaky, aktor itu tiba di Medan menaiki pesawat Malindo Air dan ditangkap pada Selasa lalu.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, pihak berkuasa menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di bahagian dubur,” katanya.

Portal detiknews melaporkan, pelakon itu mengaku membeli dadah daripada seseorang di Kuala Lumpur.

Dia sebelum ini pernah didakwa memproses dan membungkus dadah dan pernah ditahan di negara ini sebanyak empat kali sekitar 2015.

“Bahkan pelaku pernah dikenakan hukuman mati kerana perbuatannya sebagai pemproses syabu. Namun kes ini masih disiasat,” kata Zaky.

Lihat Komen
ADS