Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Semut dinamakan sempena nama Radiohead
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 1:38 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Kumpulan rock British, Radiohead diberi penghormatan apabila dinamakan bersempena penemuan baru spesis semut Sericomyrmex radioheadi.

Dua saintis yang berkhidmat di makmal semut Institusi Smithsonian di Washington DC, Ana Ješovnik dan Ted R. Schultz bertanggungjawab menamakan spesis yang ditemui di Amazon, Venezuela itu.

Ana dan Schultz berkata mereka menamakan spesis tersebut dengan nama Radiohead bagi menghargai usaha band berkenaan dalam pemeliharaan alam sekitar dan pengaruh mereka dalam industri muzik.

“Kami mahu memberi penghormatan ke atas muzik mereka. Tetapi lebih penting, kami mahu mengiktiraf usaha anggota band berkenaan, terutama dalam meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim,” katanya seperti dilapor Billboard.

Sericomyrmex radioheadi adalah satu daripada tiga jenis spesis semut baru dalam kumpulan sericomyrmex.

Spesis Sericomyrmex diterjemahkan sebagai semut sutera - semut kulat pertanian. Ini bermaksud, spesis berkenaan pandai menghasilkan makanan sendiri. Keluarga spesis itu juga mempunyai pertalian dengan semut pemotong daun.

Radiohead yang diasaskan pada 1985 berasal dari Oxfordshire, United Kingdom. Ia dibarisi oleh Thom Yorke (vokalis utama, gitar, piano dan keyboard), Jonny Greenwood (keyboard), Ed O’Brien (gitar), Colin Greenwood (basis) dan Phil Selway (drum).

Sepanjang lebih tiga dekad, Radiohead sudah menjual lebih 30 puluh juta album di seluruh dunia.

Antara lagu popular mereka adalah Creep (1990), Fake Plastic Trees (1995), Karma Police (1997), dan Idioteque (2000).

Lagu -lagu Radiohead sering ditempatkan dalam senarai tertinggi carta terbaik dan pengkritik pada tahun 1990-an hingga 2000.

Pada 2005, Radiohead menduduki tempat ke-73 bagi kategori Artis Terhebat Sepanjang Zaman dalam majalah Rolling Stone.

Greenwood dan O’Brien termasuk senarai Rolling Stone sebagai pemain gitar paling hebat, masing-masing menduduki tempat ke-48 dan ke-59, manakala Tom Yorke di tempat ke-66 sebagai penyanyi terbaik.

 

Lihat Komen
ADS