Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Belum ada bukti kaitan Benjy dengan sindiket dadah
Diterbitkan:  Apr 28, 2017 6:33 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Setakat ini polis Indonesia masih belum menemukan bukti yang menunjukkan aktor Malaysia Benjy yang ditahan di Medan mempunyai kaitan dengan mana-mana rangkaian pengedaran dadah.

Menurut Ketua Siasatan Antidadah Polis Sumatera Utara, Ilman Wijaya, polis masih menyiasat perkara terbabit dan bekerjasama dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

“Benjy hanya mempunyai alibi pergi mencari bakat DJ di Medan, tetapi kami akan terus menyiasat perkara ini,” katanya seperti dilapor Nasional Republika.

Menurut Ilman, sejak ditahan tiada sesiapa daripada anggota keluarganya datang melawat Benjy.

“Sejauh ini, cuma pihak konsulat yang datang ke balai polis Sumut. Mereka hadir datang pada Jumaat lalu,” katanya.

Benjy atau nama sebenarnya Khaireyll Benjamin Ibrahim, 38, ditahan oleh pihak berkuasa selepas menemui syabu seberat 14 gram yang disembunyikan pada duburnya pada 18 April lalu.

“Tertuduh diserahkan kepada pihak berkuasa dengan barang bukti syabu seberat 14 gram yang didapati disembunyikan pada dubur.

“Namun, selepas diuji, berat syabu berkenaan ternyata hanya 4.5 gram saja,” katanya.

Namun, buat Benjy ini bukanlah kes pertama kerana dia pernah ditahan sebanyak empat kali atas kesalahan dadah di Malaysia.

Malah, Benji juga mengaku kepada pihak berkuasa pernah meracik dan mengedar syabu demi mencari wang untuk membiaya kos rawatan ibunya yang mengidap kanser payudara.

Untuk rekod, ibu Benjy ialah Azean Irdawaty yang terkenal dalam bidang lakonan pada era 1970-an dan 1980-an.

Antara filem lakonannya yang diingati ialah Esok Masih Ada pada 1979 dan Langit Petang (1982). Filem terakhir dilakonkannya ialah membawa watak Embun dalam Talentime (2009).

Azean juga berbakat sebagai penyanyi. Dia meninggal dunia pada 17 Disember 2013.

 

Lihat Komen
ADS