Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Raja Dangdut mahu cuba jadi presiden lagi
Diterbitkan:  May 16, 2017 8:00 PM
Dikemaskini: May 17, 2017 12:12 AM

Raja Dangdut, Rhoma Irama, tidak akan menolak jika dinamakan menjadi calon presiden Indonesia dalam pemillihan dijadual berlangsung pada 2019.

Seniman itu yang kini menjadi ketua umum Parti Islam Damai Aman (Partai Idaman) bagaimanapun berata, secara peribadi dia tidak mahu dicalonkan.

"Tetapi jika parti mahukan saya maju, saya tak boleh menolak," katanya seperti dipetik tempo.co hari ini.

Meski sudah berusia 70 tahun, penglibatan Rhoma Irama dalam politik masih belum nampak menyusut.

Pada pemilihan presiden sebelum ini (2014) namanya ada disebut-sebut bakal dicalonkan oleh Parti Kebangkitan Bangsa. Bagaimanapun PKB kemudian mengubah fikiran dan akhirnya memberi sokongan kepada gabenor Jakarta ketika itu, Joko Widodo, yang bergandingan dengan Jusuf Kalla.

Kata Rhoma, masih ada waktu kira-kira lima bulan untuk Parti Idaman membuat persediaan memenuhi syarat ditetapkan Suruhanjaya Pemilihan Umum Indonesia bagi menyertai saingan pilihan raya umum dan presiden.

"Setakat ini persiapan sudah mencapai 80 hingga 90 peratus. Ada kira-kira 10 peratus lagi yang perlu kami penuhi," katanya.

Dia ditemui pada majlis Persidangan Penyelarasan Kebangsaan Parti Idaman yang diadakan di Asrama Haji Pondok Gede, Jakarta Timur.

Ratusan kader Parti Idaman hadir pada pertemuan itu. Rhoma turut berkesempatan tampil membawa beberapa lagu bersama kumpulannya, Soneta Grup.

Katanya, parti dipimpinnya itu berasaskan Islam dan bertekad menjadi ejen memperkukuhkan persaudaraan.

"Salah satunya ialah Islam yang menentang segala bentuk keganasan. Parti Idaman menjadi penyatu bangsa," katanya.

Lihat Komen
ADS