Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bon Jovi buat kejutan di majlis konvokesyen
Diterbitkan:  May 17, 2017 7:04 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Kumpulan rock terkenal, Bon Jovi memberi kejutan kepada ribuan hadirin yang menghadiri majlis konvokesyen Universiti Fairleigh Dickinson di Stadium Metlife, New Jersey.

Kumpulan yang berasal dari New Jersey itu mula membuat kejutan dengan beraksi di atas pentas semasa permulaan majlis konvokesyen berkenaan.

Universiti tersebut dipilih selepas memenangi pertandingan yang dikendalikan oleh MTV's college network di mana para pelajar perlu tweet memori terindah mereka dengan hashtag #JBJReunion untuk berpeluang melihat bintang terkenal membuat persembahan di hari graduasi mereka, lapor Associated Press.

Bukan sahaja membuat persembahan, malah Bon Jovi turut memberi nasihat tentang kehidupan kepada para graduan berkenaan.

"Hari ini menandakan berakhirnya satu lagi bab dalam hidup anda dan permulaan yang lain.

"Nikmati buku itu; kerana andalah yang menulisnya. Jangan mengambilnya secara peribadi. Terima kedua-dua pujian dan kritikan dengan sama rata tetapi jangan ambil hati.

"Terdapat banyak lagi kejutan yang menanti anda dalam perjalanan anda," kata penyanyi utama kumpulan itu, Jon Bon Jovi.
 

Lihat Komen
ADS