Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ezlynn mohon cerai
Diterbitkan:  May 30, 2017 2:11 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Penyanyi Ezlynn yang terkenal menerusi lagu Hi Hi Bye Bye dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Permohonan itu difailkan Ezlynn mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Hakim syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor dalam sebutan kes hari ini, memerintahkan penyanyi itu dan suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Hal itu ekoran Adam tidak bersetuju meneruskan perceraian secara baik dengan Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36.

Ezlynn menggunakan khidmat kakak kandungnya manakala Adam, 38, selaku defendan melantik adik kandungnya, masing-masing sebagai wakil JKP.

Memetik laporan Berita Harian, Ezlyn hadir bersama peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad, manakala suaminya tidak diwakili peguam.

Tarikh sebutan kes bagi mendengar laporan JKP ditetapkan mahkamah pada 11 Julai depan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan hingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

Lihat Komen
ADS