Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ucap selamat hari raya dari Lindsay Lohan
Diterbitkan:  Jun 28, 2017 2:19 PM
â‹…
Dikemaskini: 6:22 AM

Kemeriahan Aidilfitri tahun ini turut diraikan selebriti Hollywood, Lindsay Lohan, yang membuat ucapan kepada peminatnya di Instagram.

Dengan imej lampu minyak tanah dan bulan sabit Lindsay menulis: Jika kamu menghakimi orang, kamu tiada masa untuk mencintai mereka. Sebarkan cinta ke mana-mana saja kamu pergi. Jangan biarkan sesiapa meninggalkanmu tanpa perasaan lebih gembira. Yakin kepada benda-benda yang kecil kerana di dalamnya kekuatan kamu berada.

Namun susunan kata-kata indah itu bukanlah ilham Lindsay sendiri, sebaliknya pelakon berusia 30 tahun itu memetik kata-kata pemimpin gereja Katolik yang dikenali ramai, Mother Teresa.

Pada gambar itu pula tertera kata-kata: Anugerah daripada Tuhan menerangi jalanmu dan membimbingmu menuju kebahagiaan, kejayaan, dan kedamaian. Selamat Lebaran," katanya.

Gambar dan ucapan itu dimuat naik di akaunnya pada 26 Jun lalu.

Sehingga tengah hari ini ia mendapat hampir 51,000 Like selain mengundang hampir 2,500 komen.

Ia bukanlah ucapan berkaitan Islam pertama dibuat Lindsay. Pelakon Mean Girls dan Inappropriate Comedy itu sebelum ini pernah menarik perhatian ramai apabila mengakui jiwanya berasa tenang apabila mendengar bacaan ayat al-Quran.

Melalui temu bual pada Februari lalu dia juga mengakui belajar berpuasa bersama rakannya di Kuwait.

"Ia begitu sukar tetapi amat bagus,” katanya.

 

 

Lihat Komen
ADS