Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Shiha Zikir harap kisah getir jadi teladan buat bakat baru
Diterbitkan:  Jun 21, 2018 1:57 PM
â‹…
Dikemaskini: 6:02 AM

Dimalukan, dihina dan dianggap tidak layak berada dalam persada nyanyian antara cabaran getir didepani Shiha Zikir untuk memahat nama sebagai seorang penyanyi.

Berdasarkan pengalaman pahit yang dikongsikan, Shiha berharap bakat-bakat muda tidak akan mudah berputus asa sama seperti dirinya sewaktu mereka menempuh dugaan untuk berada pada posisi selesa dalam industri hiburan.

Kata pemilik nama penuh Nurshiha Mohd Zikir itu, sekiranya dia mudah goyah atau terlalu menurutkan perasaan, sudah pasti kerjaya seni yang bertapak hingga kini boleh merudum dan menemui titik noktah.

“Kalau ikut kata hati, dah lama saya berhenti. Macam-macam saya hadap. Orang salam tak nak tengok muka, kawan-kawan tikam belakang, kena perli kaw-kaw.

“Dulu ada rakan artis cakap tak sedar diri siapa, tidak layak berada dalam industri dan disuruh balik dari studio sebab krew salah panggil artis undangan pun pernah tau.

“Tapi saya jenis tak putus asa sebab saya tahu apa yang saya nak dan saya sedar perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah,” katanya melalui Instagram.

Pelantun lagu Jagakan Dia itu memuat naik kenyataan berkenaan selepas seorang lagi penyanyi Haqiem Rusli tiba-tiba memberi bayangan untuk bersara dari pentas muzik pada 16 Jun lalu.

Haqiem yang juga penyanyi lagu Jatuh Bangun itu turut mendedahkan dia menderitai masalah kemurungan sejak awal tahun lalu.

 

Mungkin zaman sekarang ni mudah sangat untuk seseorang tu untuk bergelar penyanyi.Sebab tu mudah jugak seseorang tu berputus asa.Shiha percaya,setiap kerjaya yang kita pilih/minat pasti ada dugaan tersendiri.Kalau semua kerjaya tu mudah,pasti semua orang atas muka bumi ni,semuanya berjaya.Jadi,bila Allah dah kurniakan bakat dan peluang pada diri kita,kita buatlah yang terbaik.Ramai orang di belakang tabir yang bersusah payah,menyokong malah berdoa untuk kejayaan kita hingga tahap kita sekarang.Takkan dengan sikap orang lain yang mungkin buatkan hati kita sakit,kita nak lepaskan rezeki ni dengan semudahtu je? - “eleh cakap senang la..cuba jadi kat diri sendiri”..Saya faham.Sebab saya pun lalui benda mcmni berkali-kali.Kalau ikut kata hati,dah lama dah saya quit.Macam2 saya hadap.Orang salam taknak tengok muka,kawan2 tikam belakang,kena perli kaw2,dulu ada rakan2 artis cakap “kau sedar tak diri kau tu sape?kau tak layak ada dalam industri”& disuruh balik dari studio sebab krew salah panggil guest artist pun pernah tau.Tapi saya ni jenis tak putus asa sebab saya tau apa yang saya nak dan saya sedar perjalanan saya untuk sampai ke tahap sekarang ni BUKAN mudah.Tahap ni pun bukan lagi mencapai tahap yang saya berpuas hati tapi saya tetap bersyukur sekurang2nya saya masih ada dalam industri ni.Semua tu PENGAJARAN berharga. - Untuk adik2 yang sudah diberi peluang yang sangat baik,dikurniakan bakat yang sangat bagus,harap dapat kuatkan semangat.Ramai yang nak tengok kita jatuh,tapi hanya diri sendiri je yang mampu untuk tolong diri sendiri.Orang lain hanya mampu bagi semangat je.Zaman sekarang zaman mudah untuk jadi “somebody”,berlambak apps & kuasa media sosial yang dah jadi trend untuk memudahkan lagi adik2 semua untuk bersinar.Jangan sia2kan.Ingat pengorbanan family,diri sendiri& fans.Abaikan kata2 netizen2 yang mungkin punya banyak masa terluang & kurang kasih sayang tu.Orang bagi benda buruk,kita balas benda baik.Rendah diri,hormat orang lain & terima teguran dengan lapang dada..Belajar attitude dari orang2 lama.Keep humble & stay strong-SZ

A post shared by Shiha Zikir D'Academy Asia🇲🇾🇮🇩 (@shihazikir) on

Bagaimanapun, keputusan rasmi sama ada Haqiem, 20, akan benar-benar menamatkan karier dalam bidang seni atau pun tidak hanya akan dimaklumkan pada bulan depan.

Meskipun Shiha, 30, beranggapan dia masih belum mencapai tahap memuaskan, penyanyi yang mewakili Malaysia ke Indonesia melalui pertandingan Dangdut Academy Asia 2015 itu tetap berasa syukur dengan nikmat yang diperoleh.

“Tahap ni pun bukan lagi mencapai tahap yang saya berpuas hati tapi saya tetap bersyukur sekurang-kurangnya saya masih ada dalam industri ni. Semua tu pengajaran berharga,” katanya.

Shiha dalam pada itu tidak menolak bahawa laluan mudah “disediakan” untuk seseorang mencapai impiannya sebagai penyanyi juga menjadi punca utama golongan itu cepat berputus asa.

Justeru kata Shiha yang turut mengembangkan sayapnya sebagai pelakon itu, dengan bakat dikurniakan, seseorang itu harus bijak menggunakan peluang yang ada untuk melakukan yang terbaik.

“Ramai orang di belakang tabir yang bersusah payah, menyokong malah berdoa untuk kejayaan kita hingga tahap kita sekarang. Takkan dengan sikap orang lain yang mungkin buatkan hati kita sakit, kita nak lepaskan rezeki ni dengan semudah itu saja?

“Eleh cakap senanglah..cuba jadi kat diri sendiri. Saya faham. Sebab saya pun lalui benda macam ni berkali-kali.

“Untuk adik-adik yang sudah diberi peluang yang sangat baik, dikurniakan bakat yang sangat bagus, harap dapat kuatkan semangat,” katanya.

Lihat Komen
ADS