Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PETUA Salah satu cara untuk mengembara ketika masih belajar di universiti atau kolej adalah dengan menyertai aktiviti kelab yang membolehkan anda melihat dunia luar.

Itulah yang saya lakukan ketika masih menuntut di Universiti Tenaga Nasional. Hasilnya saya dapat juga mengembara ke Sabah, Sarawak dan Brunei.

Seorang teman baik saya pada waktu itu mengetuai majlis perwakilan pelajar yang membuat rancangan untuk menjelajah negeri-negeri di Malaysia timur. Saya menawarkan khidmat dan bantuan untuk menyertai pasukan kembara tersebut.

Kawasan ini berbeza dengan semenanjung. Terdapat lebih 40 kumpulan etnik di sini. Banyak kawasan semula jadinya masih terpelihara.

Kumpulan kami seramai 26 orang memenuhi masa sepanjang 10 hari dengan menjadi sukarelawan di sekolah, zoo, dan melawat universiti.

Kami juga berpeluang menginap di rumah kampung dan melihat keindahan alam dan bandarnya.

Kami turut melencong ke Brunei dan turut terlibat dalam perarakan menyambut hari kemerdekaan di Kota Kinabalu, Sabah.

[Ikuti catatan beliau selanjutnya di Instagram ]


MENK MAHAWANGSA atau nama sebenarnya Muazammil Mamat mengembara dengan jalan darat dari Kuala Lumpur ke Leicester, United Kingdom dengan belanja terhad.

Lihat Komen
ADS