Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Walaupun sudah merdeka, negara Kazakhstan berdepan dengan pelbagai sekatan untuk membangunkannya. Negara yang memanjang dari sempadan China hinggalah ke Rusia ini terletak di lokasi strategik dunia iaitu Asia Tengah.

Kebanyakan negara di Asia Tengah ini terletak di pinggir Laut Kaspian. Laut Kaspian dikatakan lokasi kedua terkaya dengan sumber minyak selepas rantau Teluk.

Di Teluk, negara seperti Iraq, Iran, Kuwait, Arab Saudi, Bahrain, UAE, Oman dan Qatar menjadi negara yang kaya disebabkan hasil gas dan petroleum yang banyak.

Namun tidak untuk negara Asia Tengah ini iaitu Kazakhstan, Turkmenistan dan Azerbaijan. Ini kerana Laut Kaspian tidak berhubung dengan laut lain. Hanya ada satu laluan sahaja berbentuk terusan seumpama Terusan Suez yang menghubungkan Laut Kaspian dengan Laut Hitam.

Laut Hitam meliputi sepanjang negara Turki, Russia, Ukraine, Romania dan Bulgaria. Dari situ barulah ia boleh keluar ke Laut Marmara dan Laut Mediterranean seterusnya ke seluruh negara di Barat dan Timur.

Malang bagi Kazakhstan kerana terusan yang sepatutnya menghubung mereka dengan dunia luar itu kini dikuasai oleh Rusia. Sebelumnya ia berada di wilayah Kazakhstan.

Namun selepas dimerdekakan pada tahun 1990, Rusia memetakan semula negara ini dan terusan itu dimasukkan ke dalam negaranya. Ia menyebabkan kesemua negara yang ingin melalui terusan ini mesti mendapat kebenaran Rusia.

Kesan radiasi

Maka sebahagian hasil petroleum mereka tidak dapat dijual ke negara luar disebabkan tiada laluan. Akhirnya sebahagiannya terpaksa menjual kepada Rusia dengan harga yang lebih rendah dan Rusia lah yang akan menjual kepada negara berikutnya.

Satu lagi kawasan di Kazakhstan yang dipajak Rusia untuk tempoh ratusan tahun ialah kawasan stesen pelepasan kapal ke angkasa lepas. Lokasi ini paling baik untuk tujuan tersebut. Angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muzaffar pun berlepas ke angkasa lepas dari stesen ini di Kazakhstan.

Ia satu bentuk penjajahan wilayah secara tidak langsung dalam paksaan kepada negara ini walaupun mereka dimerdekakan.

Ini kerana, menggunakan kawasan ini sebagai stesen kapal ke angkasa lepas memberikan kesan negatif kepada penduduk sekeliling.

Kesan radiasi hasil pelepasan kapal ke angkasa itu menyebabkan ramai dalam kalangan penduduk terkena penyakit barah dan ada antara bayi yang lahir dalam keadaan cacat. Ini nasib malang mereka.

Namun sudah perjanjian pada awal kemerdekaan, maka mereka tidak boleh untuk menghalangnya.

Nowruz Dancers in Astana Masyarakat Kazakhstan baru 25 tahun merdeka. Keadaan keluarga dan kehidupan dalam kejahilan beragama dan jauh dari nilai-nilai ilmu ini membawa kepada rakan saya, Asad untuk merantau keluar negara.

Walaupun keluarganya bukanlah di kalangan orang berada, dia merantau ke Turki. Beliau menghabiskan pengajiannya dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Gizi di Ankara, Turki.

Sasaran beliau apabila pulang ke negara nanti, beliau akan terlibat dalam pentadbiran kerajaan. Beliau bercita-cita untuk menjadi duta atau menteri luar Kazakhstan.

Pada Jun 2015, saya ke Ankara dan ternyata cita-citanya mula membuahkan hasil. Dia kini berkhidmat sebagai salah seorang pegawai kanan di Kedutaan Kazakstan di Ankara.

Apabila tamat kelas pengajian sarjana di Ankara, sambil menyiapkan tesis dia ke Mesir. Tujuannya untuk mempelajari bahasa Arab. Walaupun waktu itu sepatutnya difokuskan kepada penulisan tesis, dia masih mahu menambah penguasaan bahasanya. Bekal untuk menjadi menteri luar nanti agaknya.

Di Mesir selepas solat Zohor dia akan belajar di Markaz Nil salah sebuah pusat Bahasa Arab yang popular di Qaherah milik warga Turki. Pada sebelah malam dia fokus menulis tesis.

Di bulan-bulan akhir kami di Mesir, Asad merasa tidak puas dengan ilmu yang dipelajarinya. Dia mengajak saya untuk belajar di lokasi lain pula. Selain kelas selepas solat Zohor, kami mempunyai waktu yang lapang antara waktu Asar hingga Maghrib.

Lalu diajak saya mendaftar di Markaz Kalimah salah sebuah pusat Bahasa Arab lain di Kaherah. Setiap hari kami akan belajar bahasa di dua tempat ini dan sebelah malam Asad fokus kepada menulis tesis. Demikianlah gigihnya Asad mencari ilmu.

[Baca selanjutnya dalam buku 'Travelog Kembara Cinta di Syria']


MOHD NASAIE ISMAIL berkongsi pengalamannya di bumi Rasulullah ini melalui buku 'Travelog Kembara Cinta di Syria'.

Beliau antara lainnya merakam cara hidup masyarakat di sana yang sentiasa hidup dalam ketakutan akibat kegiatan pengintip kerajaan dan juga bencana rasuah.

Di sebalik latar itu, warga Syria tetap suka membantu, bersedekah, mesra tetamu dan bersikap sopan santun.

Penulis turut mencatat pengalamannya mengembara di Mesir, Yaman, Turki dan Kazakhstan.

Pesanan buku melalui laman Facebook: Kembara Cinta di Syria

Sedutan bahagian terdahulu:

Syeikh Butti yang tepat saat

Syeikh Butti bukan pengampu Bashar

Bashar kejam? Bapa Bashar lebih zalim

Gugurnya Asma' di Dataran Rubu'ah

Ketakutan, waspada pemerintah Syria

Mengapa anak muda Syria berlumba ke masjid

Masjid atau gereja? Bezanya pada menara

Runtuhan di Syria saksi keagungan Islam

Arab Syria pentingkan ilmu

Penembak tepat kawal persidangan isu arak

Kisah orang Kazakhstan rebus bayi

Lihat Komen
ADS