Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Pada 9 Januari, anda telah berjumpa dengan 6 buah persatuan yang anda katakan berpopulariti yang tinggi.

Persatuan yang "dijemput" termasuk, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM), Persatuan Bahasa Tionghua (PBT), Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (KPRS) dan Kelab Pengguna.

Saya hairan mengapa perjumpaan yang sebegini perlu merakamkan setiap wajah pelajar yang hadir? Rakaman ini sebagai satu taktik psikologi untuk menakutkan kami bahawa anda mampu mengenali setiap wajah kami.

Amat kecewa sekali apabila diketahui tujuan perjumpaan adalah bagi menasihati atau menakut kami supaya menjauhi pilihanraya Indera Kayangan dengan mengatakan "kamera, mata telah bersedia untuk memerhati anda".

Keputusan anda untuk gantung aktiviti PMI kerana kes 4 orang pelajar ini amat tidak rasional. Malah saya rasa ini satu alasan.

"You don't have the constitutional right and human right as long as you are registered as a university student. You only have the Akta Universiti dan Kolej Universiti and Kaedah-Kaedah Universiti."

"Constitutional rights dan human rights tidak apply selagi anda didaftar jadi universiti student."

Kata-kata ini amat menggemparkan saya.

Ingatan anda kepada semua warga kampus, "Saya mempunyai kuasa autoriti, tidak ada maknanya untuk menyoal autoriti saya. Jangan kata ini hak kamu, itu hak kamu. Saya pun ada hak, hak saya jelas tertulis dalam buku panduan ini (sambil menunjukkan buku USM yang tercatat AUKU dan Kaedah-Kaedah Universiti)".

Saya berasa diri saya amat kecil untuk berdepan dengan anda yang seumpama firaun yang mempunyai kuasa mutlak.

Anda juga mengajar kami cara-cara untuk melayani wartawan: "Kata, no comment kepada wartawan."

Saya sebagai salah seorang hadirin berasa diri saya seperti menghadiri satu perjumpaan "brainwash".


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS