Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengetua SMK Taman Tasik, Ampang berkata kes melibatkan Darshin Ponnuthurai boleh diselesaikan mengikut prosedur Jabatan Pelajaran Negeri.

Zaini Mohammad Zain berkata ibu bapa angkat Darshin hanya perlu mengikut prosedur yang ditetapkan bagi membolehkan Darshin meneruskan persekolahan.

NONE Jelasnya, beliau tidak dapat menerima permohonan Darshin, 14, untuk meneruskan persekolahan ke tingkatan dua di sekolah berkenaan kerana gadis berkenaan tidak memenuhi keperluan tersebut.

Ditanya bagaimana Darshin boleh bersekolah di tingkatan satu di SMK Bandar Baru Ampang sebelum itu, beliau berkata: "Saya tidak tahu macam mana ia boleh berlaku".

Katanya, beliau tidak dapat menerima Darshin - yang berstatus pemastautin tetap - masuk ke SMK Taman Tasik kerana gadis berkenaan tidak mempunyai surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

"Dia perlu hantar borang pemohonan kebenaran kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk bersekolah bagi pemastautin tetap dan pihak sekolah juga perlu beri maklumat dalam borang merah jambu itu," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau menjelaskan bahawa permohonan bagi pemastautin tetap itu perlu disertakan bayaran levi sebanyak RM240.

"Kemudian barulah dia hantar surat kebenaran tersebut bersama resit bayaran levi. Kemudian kita tengok kalau ada tempat di sekolah ini, bolehlah kita terima," katanya lagi.

Menurut Zaini, sekolah itu mempunyai sebanyak lima peratus pelajar yang berstatus seperti Darshin.

"Kita ada beberapa kes melibatkan pelajar pemastautin tetap, malah ada juga yang berstatus pelarian UNHCR (yang bersekolah di sekolah tersebut)," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS