Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kami mendapati bahawa pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Limbang, Sarawak telah ditutup selepas beroperasi selama 8 bulan sahaja.

Semua rakyat Limbang didesak supaya membuat aduan atau urusan dengan Cawangan Miri.

NONE Kami berasa amat kecewa kerana pejabat SPRM Limbang tersebut ditutup tidak lama selepas projek penambahbaikan siap.

Kami ingin bertanya, berapakah harga kosnya untuk projek penambahbaikan Pejabat SPRM Limbang?

Bukankah pejabat yang baru dinaiktarafkan terbiar begitu sahaja merupakan satu pembaziran duit rakyat?

 

SPRM haruslah memberi penjelasan mengenai penutupan cawangan SPRM Limbang. Adakah ini menunjukkan bahawa Daerah Limbang tiada kes rasuah dan penyelewengan?

 

Sebagai rakyat Limbang, kami juga ingin tahu semasa pegawai-pegawai SPRM berkhidmat di Pejabat Limbang, berapakah aduan telah diterima?

Antara aduan ini, berapakah kes telah diambil tindakan dan diselesaikan?


Penulis adalah pengerusi DAP Limbang, Sarawak.

ADS