Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berasa amat lega dengan titah ke bawah duli yang maha mulia Sultan Perak dan Sultan Pahang yang tegas mengingatkan semua pihak agar jangan mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.

Hak ini mempunyai kisah perjuangan yg panjang dan mendapat penghktirafan sehingga termaktub dalam perlembagaan negara dan dilindungi oleh Akta Hasutan.

Selama ini PERKASA dihentam, dikritik dan saya selaku presiden PERKASA dicemuh dan dihina begitu rupa oleh golongan tertentu termasuk Melayu liberal.

Nah, sekarang saya mahu tengok siapa yang berani mencabar, mempertikai dan menghina titah baginda sultan. Janganlah berselindung di sebalik nama samaran atau laman web yang didaftarkan di luar negara.

PERKASA juga berharap ke bawah duli yang maha mulia tuanku hendaklah dengan tegas memastikan hak orang-orang Melayu dan Bumiputera dalam perlembagaan dilaksanakan oleh kerajaan dan tidak terpesong oleh sebarang dasar atas apa jua alasan.

Inilah perjuangan PERKASA selama ini. Gema Melayu di perhimpunan Umno baru-baru ini janganlah retorik semata-mata.

Sudah banyak tembok dasar-dasar pelajaran kebangsaan telah diruntuhkan kerana mainan kepentingan politik dengan mengetepikan kepentingan nasional serta semangat perjuangan kemerdekaan.


Penulis merupakan presiden PERKASA.

ADS