Pemergian S Shamsudin tiada penggantinya

Kamaruzaman Mohamad        

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham S. Shamsudin yang telah meninggal dunia pagi tadi di Singapura.

Allahyarham S. Shamsudin meninggal dunia pada umur 84 tahun akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Seluruh rakyat Malaysia termasuk DPPWP sedih dengan kehilangan salah seorang tokoh seniman yang pernah popular satu ketika dahulu.

Masakan tidak, mendengar nama S. Shamsudin sekaligus teringat lakonan Allahyarham bersama Allahyarham P. Ramlee dan Aziz Sattar yang begitu menggelikan hati; Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan banyak lagi.

Lakonan-lakonan filem Allahyarham ini sentiasa menjadi ingatan seluruh rakyat Malaysia segenap usia, bak kata pepatah 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

Bagi DPPWP, pemergian Allahyarham sememangnya tiada pengganti. DPPWP mendoakan agar Allahyarham S. Shamsudin ditempatkan bersama orang-orang yang salih. Semoga roh beliau dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah.


KAMARUZAMAN MOHAMAD ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In