Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kami menyeru untuk semua pihak cakna dengan satu laporan Harian Metro bertajuk "Menjerit goncang pintu" yang disiarkan pada 22 Jun 2013 di mana seorang OKU mental terkorban dalam kebakaran kerana terkurung.

Memetik laporan tersebut, saksi kejadian menyebut:

"Saya sempat mendengar mangsa menjerit meminta tolong sambil menggoncang pintu utama, malangnya disebabkan api terlalu besar selain letupan kuat kedengaran, kami hanya mampu melihat sebelum jeritan itu hilang."

Sebagaimana dilaporkan, dalam kejadian jam 8 pagi tersebut, mangsa Abdul Rais Hanapi, 25, ditemui rentung dalam sebuah bilik dipercayai terperangkap berikutan pintu rumah dikunci daripada luar.

Dalam situasi ini, kejadian OKU dikurung sama ada kategori mental atau lain-lain bukanlah perkara baru.

Selain OKU itu dikatakan sukar untuk dikawal kerana keluarga keluar bekerja, ada juga OKU yang berada dalam kediaman terkunci atas pelbagai faktor yang jarang diambil cakna.

Sebagai pihak yang mewakili OKU, kami cukup faham dengan pelbagai situasi yang menyelubungi OKU dan keluarga hingga menyebabkan OKU diletakkan dalam keadaan kediaman yang dikunci.

Dalam situasi ini, telah tiba masanya untuk pihak berwajib memikirkan suatu perkhidmatan berasaskan kediaman keluarga-keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU yang selama ini perlu berada dalam rumah yang dikunci.

Kealpaan kita dalam menangani situasi sebegini pada masa-masa hadapan hanya mendedahkan individu-individu OKU dalam bahaya sebagaimana kejadian yang dilaporkan.

Tentunya, tanggungjawab berat ini tidak boleh hanya diletakkan atas bahu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepertimana tanggapan kebanyakan pihak.


MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF ketua penggerak OKU Bangkit 2012.

ADS