Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Saya merujuk kenyataan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, timbalan menteri kesihatan yang juga ahli Parlimen Balik Pulau mengenai komitmen kerajaan persekutuan untuk menaiktaraf Hospital Balik Pulau melalui Rancangan Malaysia ke-10.

Kerajaan negeri berbesar hati dan akan memberikan sepenuh komitmen bagi membantu menjayakan projek ini.

Projek yang diumumkan bernilai lebih RM20 juta ini adalah bagi menaiktaraf bahagian kecemasan, bilik mayat, dan bahagian pesakit luar.

Kerajaan negeri akan membantu mempercepatkan segala urusan teknikal di bawah peruntukan negeri supaya projek awam ini dapat dijayakan.

Kesediaan kerajaan pusat untuk menambah baik Hospital Balik Pulau adalah satu usaha murni yang amat dialu-alukan. Kerajaan negeri Pulau Pinang menyambut baik dan menyokong penuh hasrat murni ini.

Namun dalam masa yang sama, pihak kerajaan negeri memohon jasa baik timbalan menteri untuk sama-sama mempercepatkan projek pembangunan dan penaikan taraf seperti yang telah dirancang untuk Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang.

Usaha ini dilihat mampu menambah baik perkhidmatan kesihatan awam di negeri yang mempunyai lebih daripada 1.6 juta rakyat.


DR AFIF BAHARDIN exco kerajaan Pulau Pinang (pertanian dan industri asas tani, pembangunan desa, dan kesihatan), ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan naib ketua Pemuda PKR negeri.

ADS