Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pada 14 Februari lalu berlangsungnya program Street Dakwah anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)  cawangan Gombak di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur.  

Program ini telah berjaya menghimpunkan  lebih 100 orang peserta  antaranya mahasiswa  daripada UIA, IIC, UTM,Unikl BMI, USIM,UM,UPM ,KIPSAS dan sebagainya.  

Peserta mula berkumpul seawal jam 6 petang bertempat di Masjid Jamek. Para peserta kemudianya diberikan taklimat program disusuli dengan sesi tazkirah.

Semasa sesi taklimat, para peserta telah dijelaskan objektif penganjuran program Street Dakwah ini dan juga diterangkan mengenai kempen tutup aurat dan anti-Comango yang sedang giat dijalankan.

Antara objektif penganjuran program street dakwah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan belia mengenai larangan menyambut hari kekasih dan bahaya tuntutan COMANGO.

Selain itu, para peserta juga dapat melatih diri untuk berada bersama kelompok masyarakat di luar sana dan bersama mereka untuk menjelaskan ancaman terhadap umat islam masa kini.

Seterusnya, para peserta telah dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil dan bergerak untuk mengedar  risalah di kawasan-kawasan sekitar  Masjid Jamek, KLCC, Sogo, Wangsa Maju  dan lain-lain lagi.

Para peserta ternyata berjaya menunjukkan sikap keberanian yang tinggi bila bersama masyarakat.

Selain itu,  penerangan bahaya COMANGO ini juga telah di buat di dalam komuter dan ternyata  berjaya menarik minat penumpang yang lain untuk mendengarnya.

Akhir sekali, program street dakwah ini telah memberi pengalaman yang berharga kepada setiap peserta.

Diharapkan para belia di luar sana akan turut sama menyertai  program-program  sebegini  pada masa akan datang kerana melalui program ini golongan belia terutamanya mahasiswa dapat turun ke jalanan dan bersama mendekati masyarakat umum.


AHMAD MUIZZUDIN AHMAD FIROZ ketua BAKTI PEMBINA cawangan Gombak.

ADS