Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Semangat profesional Zahid mengatasi perasaannya
Diterbitkan:  Mar 4, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

Kami ingin memberi maklum balas kepada individu yang mengkritik Dewan Sosial Media dan tetamu kehormat kami Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata‐mata kerana beliau telah diminta untuk menyampaikan anugerah kepada salah satu pemenang.   

 

Lebih menyedihkan apabila para individu ini memberi label negatif dan bersikap berat sebelah di dalam komen mereka. Mereka gagal untuk memahami peranan seseorang menteri di dalam masyarakat kita. Menteri seharusnya berkhidmat dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira pemahaman politik mereka, dia tidak boleh memilih mana‐mana program  atau acara untuk dihadiri berdasarkan siapa yang menghadiri atau siapa yang menerima anugerah.  

Oleh itu, kita memberi penghormatan kepada Menteri Dalam Negeri kerana dengan rendah hati dan semangat profesionalnya mengatasi perasaan peribadinya berhubung dengan penerima anugerah dan kewajipannya sebagai seorang Menteri dan  tetamu kehormat.  

 

Malaysia sebuah negara yang lebih baik hari ini kerana kita sentiasa mempunyai menteri dan pemimpin politik yang mengetahui bila mereka harus bersama rakyat Malaysia dan mengetepikan politik partisan. Kami juga percaya bahawa ini adalah selaras dengan seruan perdana menteri untuk perdamaian nasional.  

Walaupun terdapat ahli Dewan Sosial Media yang merupakan ahli parti politik berlainan, namum majoriti ahli kami tidak menganggotai mana-mana parti  politik atau berminat dalam politik partisan. Ini adalah sebab dan nilai penubuhan kami bahawa  Dewan Sosial Media Malaysia adalah sebuah gerakan NGO bukan partisan dan lebih mengutamakan  pendidikan, penglibatan dan sokongan bagi penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.  

Anugerah Media Sosial adalah acara tahunan di mana anugerah diberikan kepada mereka yang cemerlang dalam pelbagai kategori. Acara 2014 adalah yang ketiga daripada siri yang telah bermula pada tahun 2012. Pemenang anugerah diundi secara dalam talian bagi kategori blog kegemaran, portal, dan badan korporat yang terlibat di dalam pelbagai platform sosial media.

Dewan Sosial Media tidak memainkan peranan di dalam mempengaruhi mana-mana individu di  dalam penentuan pemenang anugerah tersebut.  

Kami berterima kasih kepada YB Datuk Seri Zahid Hamidi kerana menerima jemputan kami untuk merasmikan dan menyampaikan anugerah‐anugerah semasa Malam Anugerah Minggu Sosial Media  

Malaysia 2014.  

Malaysiakini menerima hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014, 27 Februari lalu dalam acara anjuran Dewan Sosial Media.

ADS