Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Memandangkan jerebu kian meruncing sehingga ke hari ini akibat pembakaran terbuka yang kian menjadi-jadi, saya memohon agar pihak Jabatan Meteorologi melakukan aktiviti pembenihan awan secepat mungkin.

Walaupun ketika isu kehilangan pesawat MH370 hangat diperkatakan, nasib 30 juta lagi rakyat Malaysia yang menghadapi risiko jerebu tidak harus dilupakan.

Ini kerana masalah kekurangan air yang meruncing dan keadaan jerebu teruk yang dapat menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk Malaysia.

Air merupakan asas kehidupan manusia yang paling minimum, selain udara.

Kedua-dua air dan udara di Malaysia kini dalam keadaan amat kritikal kerana empangan terlalu menyusut dan kualiti udara begitu tercemar akibat jerebu.

Kami rakyat Malaysia amatlah berharap agar pihak Jabatan Meteorologi dapat melakukan aktiviti pembenihan awan secepat mungkin tanpa berlengah lagi!

ADS