Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Berikutan laporan media mengenai penjualan tanah Tropicana kepada Eco World Development Group Berhad. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) ingin memberikan perspektif mengenai penjualan tanah ’Canal City’ kepada Dijaya Corporation Berhad (Tropicana Corporation) pada tahun 2013.

Pada asalnya, tanah seluas 1,172.28 ekar ini merupakan sebahagian tanah bagi pembangunan Projek Tebatan Banjir (PTB).

Namun projek ini dibatalkan kerana hasil daripada laporan kajian ‘desktop study’ daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memutuskan adalah tidak perlu untuk membangunkan projek tebatan banjir kerana keupayaan bagi kolam-kolam takungan banjir sedia ada adalah mencukupi.

Dan pembatalan projek ini telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2010.

Pada tahun 2011, mesyuarat Lembaga Pengarah PNSB telah bersetuju terhadap cadangan pengeluaran ‘Request for Proposal (RFP) bagi tanah tersebut dan PNSB telah menubuhkan jawatankuasa penilai yang dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengarah PNSB, Pihak Pengurusan PNSB dan individu professional dari pelbagai bidang untuk menilai cadangan-cadangan pada RFP tersebut.

Justeru, Lembaga Pengarah PNSB dengan syor Pengurusan PNSB bersetuju Dijaya Corporation Berhad ditawarkan tender RFP tersebut dan menerima tawaran pulangan minima berjumlah RM1.297 billion.

PNSB percaya bahawa penjualan tanah ini pada masa tersebut adalah baik bagi Negeri Selangor berdasarkan pulangan yang diterima, bukan sahaja dalam bentuk pulangan nilaian tanah malah, mendapat sebahagian daripada keuntungan projek yang akan dilaksanakan.

Namun itu, berdasarkan transaksi penjualan tanah terbaru dari pihak Tropicana Corporation kepada Eco World Development Group Berhad, Kerajaan Negeri telah mendapat perspektif baru terhadap perjanjian antara PNSB.

Ddan anak syarikat Tropicana Corporation iaitu Sapphire Index Sdn Bhd di mana Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) membuat perancangan untuk menawarkan kepada Tropicana penjualan secara Tunai berdasarkan Nilai Bersih Terkini (Net Present Value) berjumlah RM844,298,433 juta berbanding pulangan RM1.297 bilion yang sepatutnya dibayar dalam tempoh 20 tahun oleh Tropicana Corporation.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

ADS